Bilik sewa bujang di KL : Ketahui Bagaimana Kerajaan Menipu Rakyat.

Bilik sewa bujang itu akan di kenakan bayaran sebanyak RM100 sebulan - Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Nor Hisham Ahmad Dahlan telah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada Oktober 2018.
Gembira bila baca berita DBKL akan tawarkan bilik sewa bujang semurah RM100 di Kuala Lumpur? Tunggu dulu. Anda akan tahu bagaimana anda sedang di tipu oleh kerajaan hari ini.

Mereka kata mereka membela nasib rakyat. Sedangkan hakikatnya mereka sedang menipu rakyat seperti kita. Mahu tahu kenapa? Teruskan membaca.


Hari ini, kerajaan melalui Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menetapkan kadar baru sewa bilik bujang yang telah di cadangkan sejak 2016 oleh Menteri Wilayah ketika itu, Tengku Adnan Tengku Mansor bagi membantu orang bujang untuk menyewa pada kadar yang murah dan berpatutan.





Malahan ketika itu, mereka juga bercadang mahu membina rumah baru berkeluasan 650 kaki persegi dengan dilengkapi segala kemudahan yang perlu ada di dalam sebuah rumah seperti tandas, bilik air dan ruang makan. Seperti yang telah dilaporkan oleh Harian Metro pada 13 Oktober 2016.


Hasrat itu telah terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang telah di luluskan dan di rancang sejak 2004. Banyak antaranya telah di laksanakan dan dalam proses perlaksanaan termasuklah bilik sewa bujang. Itu yang perlu anda tahu. Anda takkan tahu apa lagi kerajaan baru ini akan tipu anda.


SEPATUTNYA KADAR SEWA CUMA DARI RM50 HINGGA RM80 SAHAJA.

Selain itu, kadar sewa pula di tetapkan pada RM50 hingga RM80 sahaja sebagai inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat B40 yang bujang. Ini berlainan dengan pengumuman yang dilakukan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang telah menetapkan sewa bagi bilik tersebut pada kadar RM100 sebulan sekalipun ianya berada di bangunan lama yang di ubah suai.





Memang sungguh keji perbuatan seperti ini. Mereka berjanji untuk membela rakyat lebih baik daripada kerajaan sebelum ini tetapi kini mereka malah memeras duit rakyat lebih daripada kerajaan sebelum ini pula? Sungguh saya tak boleh fikir.


PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020

Sebenarnya bilik sewa bujang ini telah ada dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 DBKL (Kuala Lumpur Structure Plan 2020) yang telah di rancang oleh kerajaan sebelum ini sejak dari tahun 2004 lagi. Anda boleh mengaksesnya di laman web rasmi DBKL itu sendiri. Setiap perancangan telah di perincikan dengan teliti.





Namun bila sudah bertukar kerajaan, kerajaan baru mula lah berdolak dalih mengenainya. Nak claim semua itu mereka yang buat. Rakyat yang buta maklumat, malas membaca dan bodoh pun ikut sahajalah apa yang mereka cakap.


Jadinya di sini, jadilah manusia yang bijak. Jangan cepat terperdaya dengan janji-janji golongan pendusta macam mereka. Sebelum pilihanraya janji macam-macam. Dah menang pilihanraya buat lain pula.

Mempercayai mereka buta-buta samalah dengan anda menyokong penipuan demi penipuan yang mereka lakukan. Saya tidak akan sesekali mempercayai mereka ini. Kerana sejarah penipuan mereka terlalu banyak.





Di dalam blog saya ini pun saya dah sering menulis mengenai penipuan demi penipuan yang mereka lakukan di mana saya telah menulis sejak dari tahun 2010.

Sehingga itu, Salam Perjuangan saya ucapkan kepada anda yang betul-betul berjuang demi orang susah dan memerlukan. Bukannya demi orang-orang kaya, kroni, atau mengkayakan orang orang kafir dan munafik pendusta.

- Pendekar Berkuda -



Bilik sewa bujang di KL : Ketahui Bagaimana Kerajaan Menipu Rakyat. Bilik sewa bujang di KL : Ketahui Bagaimana Kerajaan Menipu Rakyat. Reviewed by Pendekar Berkuda on 4:58:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!