"Batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong, kita buang."

"Batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat maka itu batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong, kita buang."



Malaysiakini telah menyiarkan rakaman audio percakapan oleh Senator PKR, Bob Manolan Mohd yang menafikan bahawa dia ada berkata bahawa jika tok batin tak sokong kerajaan, mereka harus di buang (di singkirkan) dan jangan bayar gaji dia.



TEKS RAKAMAN AUDIO PENUH PERCAKAPAN BOB MADOLAN MOHD

Batin dan jugak pengerusi MPKK adalah dibayar oleh kerajaan pusat. Iaitu gaji batin ada yang RM900, ada yang RM1,200 ada yang RM1,000. Bergantung kepada jumlah penduduk, bergantung kepada keluasan kampung.

Jadi batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat maka itu batin kena sokong Pakatan Harapan.

Tak sokong, kita buang.

Mana batin-batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul! Jangan bayar gaji dia.

Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia

Kita mahu pemimpin masyarakat orang asli, pengerusi MPKK mesti menyokong agenda rakyat, eh agenda kerajaan.

Kalau mereka tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan sekarang ini, bagaimana kita nak lantik dia jadi pemimpin masyarakat kampung?

Dasar kerajaan sekarang bukan seperti kerajaan dahulu, kerajaan sekarang pemimpin Orang Asli itu mesti membela nasib anak buah mereka, kebajikan mereka. Masalah kampung mesti mereka ketengahkan kepada kerajaan, bukan mengikut kerajaan dulu.

Angguk-angguk 'yes, yes' semua. Janji duit masuk tiap-tiap bulan. Ini kita tidak boleh terima.

Sebab itu saya dapat maklumat ada batin yang dalam masa yang sama dia pengerusi ketua cawangan Umno. Pilih antara satu, kalau dia nak jadi batin, letak jawatan sebagai ketua cawangan Umno.

Kalau dia nak jadi ketua cawangan Umno, letak jawatan batin. Itu saja.

Jadi yang bayarnya kerajaan pusat dan batin ini adalah tertakluk di bawah Akta 134 dan yang paling penting, ini dalam Akta Orang Asli (Akta 134) batin dilantik oleh menteri.

Menteri sekarang ini Pakatan Harapan. Ini kena jelas.

==================================

Dalam kenyataan media yang disiarkan di akaun facebook nya, Bob Manolan bijak pusing keliling apa yang dia cakapkan. Pandai betul dia spin pusing keliling bila dah kantoi.

Ini sama kes dengan calon PKR Cameron Highland yang baru-baru ini menuduh orang Melayu tak beli kuih orang Asli. Namun bijak meminta maaf selepasnya.

Ini adalah permainan yang jijik dan kotor.

- Pendekar Berkuda -

===============

Jangan Lupa Support

Join Facebook : Media Network
Join Telegram : Media Networking

.
"Batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong, kita buang." "Batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong, kita buang." Reviewed by Pendekar Berkuda on 3:55:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!