"Bagai sinetron. Episode (penipuan) tak pernah habis.." - Najib sindir Saifuddin

Sebelum mansuhkan GST, saya berulang-kali memberi amaran bahawa SST akan menaikkan harga lebih tinggi berbanding GST. - Najib


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan tembakan padu tepat ke hempedu yang menyindir dan menempelak Menteri KPDNKHEP, Saifuddin Nasution Ismail kerana hanya mampu buat kenyataan kosong tanpa impak yang jelas.

Beliau mempersoalkan kredibiliti Saifuddin kerana sudah dua minggu menteri melakukan siasatan namun masih lagi tiada tanda-tanda keputusan untuk mengatasi kenaikan harga barang makanan dan keperluan.





TRENDING :
------------------------

Menteri sebelum ini kata akan siasat KFC mengapa harga naik begitu ketara selepas SST ganti GST.

Dua minggu dia siasat.

Setelah puas menyiasat, apa keputusannya?

"Kos pengeluaran sudah meningkat".

Sebenarnya, tidak perlu siasat pun sudah tahu.

Tanya mana-mana rakyat pun sudah tahu harga barang dah naik selepas SST ganti GST.





Selepas mendapat jawapan dari KFC, apa langkah yang menteri ambil?

Dia kata, "tak boleh buat apa-apa." (hahahaha)

Dia kata harga KFC bukan di bawah barang-barang kawalan harga walaupun KFC di Malaysia ialah milik penuh kerajaan PH negeri Johor.

Jika KFC milik kerajaan PH pun boleh menerima kesan besar dari kos pengeluaran yang meningkat, bagaimana pula dengan barang-barang yang lain?

Sama-sama naik kerana semua sudah Senyap-Senyap Tibai (SST) oleh kerajaan PH dan kita semua Sama Sama Terkena.

Sebelum mansuhkan GST, saya berulang-kali memberi amaran bahawa SST akan menaikkan harga lebih tinggi berbanding GST.

PH kata tak mungkin. Kata saya tipu, siap memberi jaminan dalam Parlimen bahawa SST akan menurunkan harga barang.

Siapa masih ingat janji manifesto mereka untuk menurunkan harga barang, turunkan kos sara hidup.

Siapa masih ingat pada bulan Ogos lalu, PH mengeluarkan kenyataan berikut?

"Kerajaan Pakatan Harapan meraih pencapaian memberangsangkan dalam tempoh 100 hari penubuhannya dan meskipun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani dengan baik."

Mereka tipu untuk menang. Selepas menang, penipuan diteruskan.

Bagai sinetron, episod tak pernah habis. - Najib Razak




-----------

Nah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ini bukanlah orang yang layak untuk di lantik bagi menguruskan negara. Namun apakan daya, Perdana Menteri mereka pun hanya mengikut arahan DAP. Itu yang di akui oleh Perdana Menteri sendiri.

Kita sebagai rakyat kenalah tekan dan terus tekan mereka supaya jadi lebih cerdik. Sekalipun kita bukan penyokong mereka dan tak sukakan mereka, hakikat bahawa mereka dah di lantik untuk menguruskan negara jangan kita pandang sepi. Dibuatnya nanti negara jahanam di tangan mereka. Kita sendiri yang kena tanggung.

Terus bersuara wahai rakyat Malaysia! Teruskan bersuara sekalipun anda bakal hilang pita suara. Tapi jangan lupa bahawa zaman ini anda tak perlu keluarkan bunyi sangat pun. Facebook anda dah memadai untuk menyuarakan suara anda.

Ingin menyokong perjuangan saya untuk terus menulis dan menekan pemimpin-pemimpin ini supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan berkredibiliti?

Ayuh like fanpage kami, PendekarBerkuda dot Org.

Salam perjuangan!

-Pendekar Berkuda-

UNTUK BACAAN ANDA :

"Bagai sinetron. Episode (penipuan) tak pernah habis.." - Najib sindir Saifuddin "Bagai sinetron. Episode (penipuan) tak pernah habis.." - Najib sindir Saifuddin Reviewed by Pendekar Berkuda on 1:55:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!