"Ayah saya dah meninggal dunia.." - Aizat Amdan

"Assalamu'alaikum, ayah saya, Amdan bin Hj Mat Din telah meninggal dunia jam 1:10am tadi. Rabu 9hb 2019. Alfatihah" - Aizat Amdan


Penyanyi lelaki terkenal Malaysia, Aizat Amdan berkongsi berita dukacita dan sedih beliau akibat kehilangan ayah yang tersayang akibat penyakit strok.

Aizat telah berkongsi berita sedih tersebut di dalam insta story akaun instagram miliknya dengan menulis,

"Assalamu'alaikum, ayah saya, Amdan bin Hj Mat Din telah meninggal dunia jam 1:10am tadi. Rabu 9hb 2019. Alfatihah"





Kisah ayah Aizat pernah di kongsikan oleh laman portal iniceritaaku.com pada bulan Mac 2018. Aizat telah berkongsi kisah mengenai ayahnya yang menghidapi penyakit strok dan tanggungjawabnya menjaga ayahnya di kongsi bersama dengan adiknya.



Aizat berkata bahawa jenazah ayahnya akan di kebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang. Jenazah di jangka akan berada di Masjid Baru Ampang pada jam 11 pagi.


Beliau juga turut memaklumkan kepada rakan-rakan arwah ayahnya dan sesiapa sahaja yang ingin melawat dan menziarahi arwah boleh datang ke rumah ibunya.


Alfatihah buat arwah ayah Aizat Amdan dan semoga beliau tetap redha dan tabah menghadapi hakikat kepulangan insan tersayang ke pangkuan Ilahi.

Semoga roh arwah ayahnya di cucuri rahmat dan mendapat perlindungan Allah di alam sana. Aamiin Allahumma aamin ya Allah.





Kita yang masih hidup ini hendaklah beringat-ingat bahawa mati membilang saat. Di jemput tidak, di halang pun tidak. Bila sudah tiba masanya. Roh tetap akan berpisah dari jasad.

Semoga seluruh kaum muslimin mendapat pengampunan dan perlindungan dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiinn.

- Pendekar Berkuda -




MENARIK :

"Ayah saya dah meninggal dunia.." - Aizat Amdan "Ayah saya dah meninggal dunia.." - Aizat Amdan Reviewed by Pendekar Berkuda on 2:09:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!