Hanya kerana anjing, lelaki mengamuk mahu tetak ibu dengan parang.

Hanya kerana ditegur adiknya supaya tidak memberikan ayam kepada anjing peliharaan mereka, lelaki mengamuk.


HANYA kerana anjing dan ayam, seorang lelaki mengamuk dengan mengacu parang kepada ibu serta adik perempuannya di Taman Kota Kenari, Kulim, Selasa lalu.

Suspek berusia 24 tahun turut mengejar jirannya dengan parang selepas lelaki itu cuba meleraikan pergaduhan antara ahli keluarga berkenaan.





Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian 9.30 malam itu, suspek ditegur adiknya supaya tidak memberikan ayam kepada anjing peliharaan mereka.

“Suspek tiba-tiba mengamuk dan mengambil parang yang diletakkan di luar rumah dan mengacah ke arah ibu dan adik perempuannya.

“Jiran suspek ingin menolong untuk meredakan keadaan tetapi suspek mengejarnya dengan parang selain memaki serta mengugut untuk memukul mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.





Katanya, pihaknya ada pergi ke rumah suspek selepas menerima laporan, namun lelaki itu melarikan diri.

“Dia bagaimanapun ditahan dikawasan berkenaan pada jam 7 petang tadi (semalam).

“Suspek yang mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah mengaku terbabit dalam kedua-dua kejadian berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.





Hanya kerana anjing, lelaki mengamuk mahu tetak ibu dengan parang. Hanya kerana anjing, lelaki mengamuk mahu tetak ibu dengan parang. Reviewed by Unknown on 5:26:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!