Anwar Berang Cuba Di Laga-Lagakan Dengan Mahathir.

"Saya tak akan peduli tentang pergaduhan lama." - kata Anwar


Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan sebarang percubaan untuk melaga-lagakan dirinya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ini berlaku terutamanya apabila terdapat media Barat dan berbahasa Inggeris cuba memainkan semula kes liwatnya yang menjadi punca pergeseran hubungan dengan Mahathir.




“Saya tidak akan peduli apa media Barat dan berbahasa Inggeris cuba memainkan pergaduhan lama. Kami telah pun membuat keputusan untuk bekerjasama dan saya akan mempertahankannya, malah tidak akan diprovokasi.

“Sekarang ini bukannya pasal Anwar melawan Mahathir, sekarang ini kita fokus mengenai ekonomi, rakyat yang menghadapi masalah sara hidup,” katanya pada majlis pelancaran pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan pemasyhuran nama Kampung Kerinchi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan sokongan terhadap tindakan Malaysia mengharamkan penganjuran temasya sukan yang melibatkan atlet Israel.




“Ini adalah salah satu cara untuk memberikan mesej mengenai pendirian kita yang tidak bersetuju dengan keganasan Israel terhadap Palestin, kerana mereka sendiri tidak mengendahkan sebarang tekanan daripada mana-mana pihak. Ini adalah satu keputusan yang tepat daripada kerajaan,” katanya.

Dalam soal hubungan antara Malaysia dan Singapura, Anwar berharap kepentingan negara dapat terus dikekalkan selepas negara dituduh menceroboh perairan Singapura.

“Kerajaan memang mahukan hubungan yang kukuh dengan Singapura meskipun berdepan beberapa isu yang masih belum dapat diselesaikan.

“Tetapi kita kena ingat, ada beberapa kepentingan negara tidak dilindungi sepenuhnya pada masa lalu dan kerajaan harus pastikan kepentingan itu terus dipertahankan,” katanya.




Mengenai tindakan Putrajaya menyaman kerajaan Kelantan atas dakwaan meminggirkan Orang Asli Temiar, Anwar menganggap kerajaan perlu mengambil tindakan tegas, tetapi bersesuaian dengan keadaan.

“Orang Asli di sana berada dalam keadaan daif dan kerajaan mesti perlu ada perancangan jelas untuk mereka, tetapi saya anggap sebarang program untuk Orang Asli ketika ini tidak harus diumumkan ketika kempen pilihan raya, sebaliknya dibuat sebaik sahaja pilihan raya berakhir,” kata beliau.




Mengenai isu sesetengah pihak dalam PKR yang menghentam kepimpinannya sebagai presiden, Anwar mengambil sikap lebih terbuka.

“PKR ada biro disiplin, tetapi saya mengambil sikap lebih lunak. Kalau nak hentam, hentamlah, walaupun begitu saya sentiasa berharap jawatankuasa disiplin dapat berfungsi lebih baik, tetapi apa yang diperkatakan terhadap saya, saya tidak ambil pusing,” katanya. - FMT



Anwar Berang Cuba Di Laga-Lagakan Dengan Mahathir. Anwar Berang Cuba Di Laga-Lagakan Dengan Mahathir. Reviewed by Unknown on 3:57:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!