Alia Astaman, Cucu Bekas Ketua Wanita UMNO Tuduh Mantan Agong Menipu Rakyat

"Dah penat menipu rakyat kot. Leave him be. Let's not have royals anymore." - Alia Astaman



Tak sedar dek untung! Itulah yang boleh di katakan tentang wanita ini dan suaminya yang bertindak membuat tuduhan kotor dan jijik kepada mantan Yang Di Pertuan Agong, Sultan Muhammad Faris Petra dari Kelantan seperti yang telah viral di media sosial.

Nenek Alia Astaman, Tan Sri Aishah Ghani merupakan satu nama besar dalam Pergerakan Wanita UMNO dan juga merupakan antara tokoh wartawan yang di sanjung oleh orang ramai. Namun perjuangan beliau nampaknya tidak di warisi oleh cucunya sendiri.

Dalam cetakan layar yang telah di ambil oleh netizen itu, Alia Astaman, cucu kepada Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani dan juga anak kepada Dato' Astaman Abd Aziz, bekas Ketua UMNO Cawangan Seri Rampai dan juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa telah memberikan komen yang berbunyi,

"Dah penat menipu rakyat kot. Leave him be. Let's not have royals anymore."

Di penghujung komen tersebut, Alia telah meletakkan ikon ketawa hingga menitiskan air mata. Seperti perkara itu sangat kelakar baginya.

Komen Alia telah di balas oleh suaminya Azham Akhtar yang telah membuat balasan lebih hina dan jijik menghina seluruh keturunan di raja dengan komen,

"Fuck royals"

Berikut adalah cetakan layar yang di ambil oleh netizen. Sangat kurang ajar dan biadab bagi seorang keturunan Melayu yang selama ini dilindungi oleh Perlembagaan dan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.






Akibat daripada komen tersebut, kalangan netizen yang kini di gelar sebagai Bawang Brigade Malaysia telah bertindak menyerang dan menyelongkar segala yang berkaitan dengan pasangan suami isteri ini.








Teresa Kok di lihat bersama Alia Astaman dan suaminya.





Laman Facebook Calon Lucut Kewarganegaraan Malaysia (CLKM) telah memuat naik segala info yang berkaitan tentang mereka berdua sehinggakan ianya menjadi tular.

Akibat tindakan para netizen rakyat Malaysia ini, Alia Astaman dan suaminya telah bertindak menutup akaun Twitter mereka selepas menerima kecaman teruk dan berterusan daripada netizen.






Kalangan netizen pula yang tidak berpuas hati bertindak menyerang akaun media sosial semua pihak yang terbabit dengan pasangan ini termasuklah akaun Facebook TNB Careline sehingga memaksa Pihak TNB membuat kenyataan media.


Pada masa yang sama, pihak PEMANDU Associate, syarikat di mana suami Alia Astaman bernama Azham Akhtar Abdullah juga turut mengeluarkan kenyataan media yang menyebutkan bahawa beliau telah di gantung kerja sehingga siasatan berakhir.


Akibat kemarahan rakyat Malaysia yang tak terbendung ini, akhirnya barulah Alia dan suaminya tampil menyerah diri kepada polis dan memohon maaf. Namun netizen masih mempersoalkan mereka kerana sepertinya tidak ikhlas dan hanya melakukannya melalui wakil.


Netizen turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa ketika ini yang di lihat bersikap sambil lewa terhadap penghina-penghina institusi raja-raja dan juga agama Islam. Malahan mereka juga mengatakan bahawa sekiranya orang Melayu yang melakukan kesalahan, mereka akan cepat bertindak. Namun sebaliknya berlaku bila bangsa lain melakukannya.

Mereka turut berkongsi cetakan layar berita pada Mac 2018 yang menyebutkan seorang suri rumah telah di penjara 8 bulan kerana menghina Yang Di Pertuan Agong.

Di zaman kerajaan sebelum ini, mereka yang melakukan perkara ini pasti kena tindakan tegas di bawah Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Namun malangnya kedua-dua akta itu telah di tarik balik penguatkuasaannya di bawah kerajaan baru ini seperti yang di umumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin ketika isu Kuil Seafield meletus.

Sama-samalah kita tunggu apa akhirnya perkara ini. Rakyat yang menyanjung dan menghormati institusi diraja sebagai Payung Perlembagaan sudah lama bersabar dengan mereka ini.

Saya akhiri di sini buat masa ini. Perjuangan membela negara adalah tanggungjawab seluruh rakyat. Bukan individu berseorangan tetapi seluruhnya. Memerangi anasir-anasir seperti ini patut kita kekalkan supaya keharmonian dalam negara ini terjaga.

Salam Perjuangan!

- Pendekar Berkuda - 

.

ARTIKEL LAIN BERKAITAN :








BACAAN MENARIK :

Alia Astaman, Cucu Bekas Ketua Wanita UMNO Tuduh Mantan Agong Menipu Rakyat Alia Astaman, Cucu Bekas Ketua Wanita UMNO Tuduh Mantan Agong Menipu Rakyat Reviewed by Pendekar Berkuda on 7:37:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!