10 Destinasi Penggambaran Filem Yang Menakjubkan di Seluruh Dunia Yang Boleh Anda Lawati. No. 9 Itu Dekat Sahaja.



1. Star Wars: The Last Jedi

Skellig Michael di Ireland yang diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pernah dipaparkan menerusi filem Star Wars. Lokasi penuh dramatik di pulau terpencil ini begitu mempersona dan banyak dikunjungi peminat filem itu.

Perjalanan menaiki tangga di sini yang mencabar adrenalin pelancong.




2. 127 Hours

Terletak di sebuah resort, kolam air panas di Midway, Utah, Amerika Syarikat ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem 127 Hours. Lokasi tersembunyi yang indah dan memukau. Jika berkunjung ke sini, anda berpeluang untuk menyelam, merendam badan dan melakukan selaman skuba. Lokasinya yang tersembunyi seolah-olah tasik dalam gua turut menyebabkan ia begitu popular dalam kalangan pelancong.




3. Lost In Translation

Sebuah bar yang dinamakan New York Bar pernah menjadi latar filem Lost In Translation. Bar yang menawarkan permandangan memukau. Terletak di Tokyo, Jepun, ia merupakan bar yang dibuka di Hotel Park Hyatt. Apa yang menarik, pengunjung boleh menikmati hidangan sambil bersantai dengan latar belakang kota yang cukup memukau.




4. Wonder Woman

Panorama di Amalfi Coast, Ravello, Itali sememangnya menjadi buruan pelancong yang berkunjung ke negara itu. Ia menjadi semakin popular apabila dipaparkan dalam filem Wonder Woman.




5. The Hobbit & The Lord of the Rings

Berkunjung ke lokasi ini, pelancong berpeluang melihat sebahagian set penggambaran filem itu. Kehijauan yang cukup mendamaikan. Sungguh indah dan mendamaikan, ia terletak di Hamilton, New Zealand.




6. Mad Max: Fury Road

Mempesona, tapi beranikah anda untuk berkunjung ke gurun ini? Terletak di Swakopmund, Namibia, ia dipopularkan menerusi filem Mad Max: Fury Road.




7. Endless Summer

Lokasi yang sempurna untuk meluncur ombak. Sesuai untuk penggemar sukan luncur ombak. Terletak di Cape St. Francis, Afrika Selatan, pantai yang popular dengan rumah api ini menawarkan panorama indah yang cukup memukau.




8. The Beach

Antara lokasi pelancongan popular dunia, Pulau Ko Phi Phi, Thailand ini pernah dipaparkan dalam filem The Beach. Keindahan pantai yang menggoda pandangan mata.

Air yang jernih dihiasi pasir pantai memutih, ia merupakan salah satu lokasi yang paling dekat untuk diterokai oleh pelancong dari Malaysia khususnya yang mahu menjelmakan kembali memori selepas menonton filem itu.




9. Quantum of Solace

Institut Budaya Kebangsaan di Panama ini pernah dipaparkan dalam filem Quantum of Solace. Menerusi filem itu, lokasi ini diubah menjadi sebuah hotel.




10. Field of Dreams

Setiap tahun, sekitar 65,000 pelancong berkunjung ke lokasi ini. Ia menjadi latar untuk filem Field of Dreams yang pernah tercalon dalam Anugerah Oscar suatu ketika dahulu. Lokasi ini terletak di Dyersville, Iowa, U.S.


Pada pendapat anda, lokasi manakah yang mahu anda lawati dalam percutian anda nanti? Mungkin anda pilih yang paling dekat atau yang paling jauh dahulu?

Selamat berkembara kelana!




10 Destinasi Penggambaran Filem Yang Menakjubkan di Seluruh Dunia Yang Boleh Anda Lawati. No. 9 Itu Dekat Sahaja. 10 Destinasi Penggambaran Filem Yang Menakjubkan di Seluruh Dunia Yang Boleh Anda Lawati. No. 9 Itu Dekat Sahaja. Reviewed by Unknown on 12:48:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!