Selepas Kena Tempeleng Dengan Najib Razak, Guan Eng Akhirnya Turunkan Harga Minyak


Selepas Kena Tempeleng Dengan Najib Razak, Guan Eng Akhirnya Turunkan Harga Minyak | PUTRAJAYA 24 Dis. - Kerajaan akan menyela­raskan harga runcit pro­duk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara bulanan dan sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.









Menurutnya, langkah itu memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik tetapi memandangkan trend harga mi­nyak adalah menurun, kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan.

“Ini bermakna kaedah pe­netapan harga secara bulanan di bawah mekanisme harga automatik (APM) akan digantikan dengan penetapan harga jualan runcit secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia menurun.

“Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia,” katanya.





Oleh demikian, tambahnya, harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia diteruskan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu.

Bermula 7 Jun lalu, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-ma­sing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Guan Eng berkata, timbul persoalan apa akan berlaku jika harga minyak dunia naik semula kerana ia akan memperlihatkan kenaikan harga minyak runcit yang akan turut naik setiap minggu.

Katanya, dalam keadaan itu, kenaikan harga minyak runcit akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

“Pengekalan harga ini adalah sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada 2019,” katanya. - BERNAMA
Selepas Kena Tempeleng Dengan Najib Razak, Guan Eng Akhirnya Turunkan Harga Minyak Selepas Kena Tempeleng Dengan Najib Razak, Guan Eng Akhirnya Turunkan Harga Minyak Reviewed by Pendekar Berkuda on 10:03:00 PG Rating: 5

1 ulasan

  1. Masa si penyamun ni memerintah dulu, bukan main duit petrol dinaikkan sesuka hati. Daripada dok sibuk dengan kerajaan PH, lebih baik si penyamun ini pulangkan hasil rompakan dan suruh rakan kongsi menyamun dia iaitu Jho Low pulangkan semua duit rompakan dan menghadap pengadilan di sini.

    BalasPadam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!