Sayangi Malaysiaku ke Sayangi Pemaju Kamu? - kata Najib


Mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama RM300,000 ke atas yang telah di umumkan oleh Lim Guan Eng.

Dalam hantaran di laman facebook beliau, beliau turut bertanya kepada Lim Guan Eng, "Sayangi Malaysiaku atau Sayangi Pemajumu?"

Beliau juga turut mencadangkan langkah yang boleh di lakukan oleh Menteri Kewangan untuk membantu rakyat.

Antaranya adalah,  "Atau mungkin boleh beri diskaun besar dari rakan atau saudara seperti di Pulau Pinang dulu?" - merujuk kepada pemilikan banglo Lim Guan Eng yang jauh dari harga pasaran.

Baca seterusnya komen DS Najib Razak berkaitan perkara ini seperti yang di hantar di halaman Facebook beliau.

-------------------------






Hari ini, Menteri Kewangan mengumumkan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama di bawah harga RM300,000 seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.

Yang pelik ialah pengecualian juga diberi kepada pembelian rumah berharga antara RM300,000 hingga RM1 juta tetapi syarat ialah pengecualian duti setem ini HANYA dihadkan untuk pembelian dari pihak pemaju sahaja.

Maknanya, jika pembeli rumah pertama ingin beli rumah sedia ada berharga antara RM300,000 sehingga RM1 juta dari pemilik yang lain ("secondary market") dan bukan dari pemaju, pengecualian ini tidak diberi dan perlu bayar duti setem.

Kalau Menteri Kewangan tidak mahu dilihat berpilih kasih berat dengan syarikat-syarikat pemaju sangat, pengecualian ini patut diberi untuk pembelian dari mana-mana pihak dan bukan hanya dari pemaju sahaja.

Ia sekaligus beri pilihan kepada pembeli yang mungkin ambil kira lokasi, keluasan dan pelbagai faktor lain membeli rumah yang sudah diduduki.

Banglo bawah harga pasaran Lim Guan Eng.






Atau mungkin juga pembelian rumah atau banglo dari rakan atau saudara dengan diskaun besar seperti yang pernah berlaku di Pulau Pinang dahulu.

Ada juga rakyat yang mahu jual rumah mereka. Bukan pemaju sahaja mahu jual.

Mengapa pemaju dibeli kelebihan berbanding rakyat yang juga mahu jual?

Sayangi Malaysiaku atau Sayangi Pemajumu?






----------------------

Komen PB

Datuk Seri Najib Razak merupakan pemimpin yang tak pernah putus bersuara untuk rakyat bawahan. Malahan beliau sering mengutamakan rakyat bawahan dalam segenap keputusan yang di ambilnya melebihi orang-orang kaya. Kerana bagi beliau, rakyat susah dan golongan bawahan perlu di bantu oleh kerajaan. Kerana ianya adalah tanggungjawab terbesar seorang pemimpin.

Sebagai pemimpin Muslim, sudah pasti beliau sedar bahawa ada ayat dari kisah para sahabat (Umar al-Khattab) yang menyebutkan,

"Aku sejelek-jelek pemimpin negara bila aku kekenyangan sedangkan ada rakyatku kelaparan."

.





.
Sayangi Malaysiaku ke Sayangi Pemaju Kamu? - kata Najib Sayangi Malaysiaku ke Sayangi Pemaju Kamu? - kata Najib Reviewed by Pendekar Berkuda on 12:31:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!