"Nas Daily adalah racun kepada umat Islam." - Baca luahan netizen ini.

Siapa yang tidak kenal dengan Nas Daily yang video 1 Minute dia seringkali viral di dalam Facebook. Malahan Mark Zuckerberg pernah menggunakan videonya sebagai contoh untuk menarik lebih ramai orang menggunakan aplikasi dalam Facebook.


Namun begitu, ada sesuatu yang perlu anda ketahui mengenai Nas Daily yang mengaku dirinya seorang Muslim ini. Selain daripada Muslim, dia juga mengakui bahawa semua agama adalah sama sahaja.

Luahan seorang netizen ini mengenai Nas Daily dan bahayanya kepada generasi masa depan kaum Muslimin cukup untuk kita jadikan panduan dan pedoman.

Di sini saya kongsikan luahan netizen yang bernama Baihaqi Yusnan seperti yang dikongsikan di dalam hantaran status facebook beliau.

--------------------------

Tulisan Asal Oleh : Baihaqi Yusnan






Sahabat-sahabatku.

Mungkin kalian pernah dengar dan pernah lihat video-video atau 'vlog' yang disunting dan disebarkan oleh seorang individu dengan nama Nas Daily. Dalam video terbarunya bertarikh 30 Disember 2018 (ia telah diposkan ke FB pada jam 6.03pm waktu Malaysia) membincangkan topik "ACCEPTANCE" yang mana membawa penonton memahami erti 'menerima' pada sudut pandangnya.



Sahabat,






Ketahuilah, sebagai seorang Muslim, religion atau agama adalah perkara terpenting bagi kita (of upmost importance). Seorang Muslim WAJIB mempertahankan keislamannya dan juga mempertahankan agamanya dari sebarang serangan dan tuduhan. 

Dalam video ini, Nas Daily seakan-akan mahu mewakili 'Islam' dalam menyatakan para penganutnya terlalu conservative dan tidak kenal erti menerima. Penerimaan yang dimaksudkan adalah menerima anutan dan cara hidup agama lain, kerana baginya tidak ada satu agama pun yang betul-betul benar dan tiada satu agama pun yang betul-betul salah. 








Kesimpulan videonya membawa mesej jelas iaitu "there is no right and there is no wrong" dalam beragama. Ini adalah suatu penyelewengan yang besar dalam beragama kerana Islam mengajarkan kepada kita bahawa sebagai seorang Muslim, kita wajib meyakini keEsaan Allah. 

Mana mungkin kita boleh menerima (dengan hati yang redha) kepercayaan agama lain yang menyekutukan Allah atas nama 'hak asasi' atau hak sama rata manusia!

Allah berfirman dalam Surah Ali 'Imran, ayat 85:

.وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ 

Maksudnya: "Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya (segala amal ibadatnya), dan dia pada hari akhirat kelak dari kalangan mereka yang rugi."

Dalam hal ini, prinsip yang dipegang dan disebarkan oleh Nas Daily (yang membawa nama Islam secara bathil di mata dunia) adalah sama sekali bersalahan dengan tuntutan agama Islam. 

Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat supaya membantu saya menyebarkan kesesatan Nas Daily (kerana follower dan pengikutnya sangat ramai di Malaysia khususnya dan serata dunia umumnya) kerana apa yang dibawanya jauh tersasar.

Berhenti follow video-videonya, berhenti share content-contentnya dan berhenti mempromosikannya!

He is poison, and he will poison the thoughts of viewers indirectly through the messages he conveys in his video!

Baihaqi Yusnan,
30 Disember 2018,
7.14pm






----------------------

KOMEN PBLEGACY

Saya juga merupakan salah seorang daripada followers Nas Daily satu ketika dahulu sehinggalah saya berhenti menonton videonya selepas kes dia memburukkan umat Islam berkaitan dengan kes pembunuhan puak di Mindanao dengan mengaitkannya kepada ISIS. Sedangkan faktanya adalah berlainan.

Saya telah berdebat di dalam ruang komen Facebook dia dan dia dipertahankan oleh pengikut-pengikut yang rata-ratanya kafir. Nas masih merasakan dirinya betul dalam fakta sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.






Mulai dari saat itu saya tidak lagi like dan follow video dia. Dia juga telah mengkritik negara kita Malaysia dalam kisah penumpang terkandas di KLIA kerana passportnya di batalkan oleh kerajaan Syria. Begitu juga dia membandingkan Malaysia dengan Singapura sambil memburuk-burukkan Malaysia.

Anda harus tahu menapis antara yang benar dan batil supaya anda boleh selamat di dunia dan akhirat. Allah dah kata bahawa dunia ini adalah medan ujian. Bukan medan untuk enjoy dan berseronok sahaja.



- Pendekar Berkuda - 





"Nas Daily adalah racun kepada umat Islam." - Baca luahan netizen ini. "Nas Daily adalah racun kepada umat Islam." - Baca luahan netizen ini. Reviewed by Pendekar Berkuda on 5:45:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!