Kes Tuan Rumah Sewa Tak Mahu Pulangkan Deposit. Ini Nasihat Penyewa.

Hari ini terbaca kes tuan rumah sewa yang tak mahu pulangkan deposit rumah sewa kepada penyewa. Ada sahaja alasan yang mereka berikan. Cerita ini diluahkan oleh Puan Zinnirah di Facebook nya. Cuba anda baca dan nilaikan sendiri.


Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi sebagai pengajaran buat diri saya dan semua penyewa yang lain. Betul lah orang kata, kalau tak buat salah, kita x akan belajaq benda baru. Di sini saya bukan la nak membuka aib sesiapa atau nak menyalahkan sesiapa, malah saya letak kesilapan ini pada diri saya sendiri yang bodoh dan terlalu percayakan orang.






Kepada sesiapa yang ingin menyewa rumah silalah buat hitam putih agreement dan resit menyatakan hampa dah bayaq deposit, maintainance dan bulanan tak kisah la di manapun hampa menyewa meskipun flat buruk atau rumah kampung ja pun. Sebab tu semua boleh menjadi bukti yang hampa dah bayar andaikata one day tuan rumah buat2 lupa hampa dah bayar dan suruh bayar sekali lagi, ataupun andai kata tuan rumah takmau pulangkan deposit hampa. Tak kisah la hampa sewa rumah apapun, dengan siapapun, dengan adik beradik ka, dengan warga emas ka, dengan orang cacat ka.






Kami ni suami isteri bodoh, ni rumah sewa pertama kami, sewa dengan suami isteri yang nampak baik sangat, baya makpak kita ja, kalau dengaq depa sembang mesti hampa takkan percaya depa tipu. Cakap pun lembut gila.

Masa bayaq deposit tu ingat nak ambik gambaq atau video tapi tak jadi la sebab nak jaga hati la jugak. Dah esok ni nak jumpa jugak dengan depa. Yala dah depa cakap kalau susah apa2 mai ja habaq kat depa , anggap ja depa macam mak bapak kami. Gamak ka hampa awai2 tu nak prejudis sangat kalau depa dah baik tara tu? Kalau aku, aku jenis tak gamak la. 😅 Ka aku ni yang bodoh ? Mungkin la hahaha !






Mula hilang percaya.

Start kami hilang percaya dan jadi prejudis dengan depa tu masa dalam tahun 2017 lepas 1-2 bulan kami dok situ, kami suruh depa repair apa tah, paip kot, sebab leaking. Kami cari depa sebab hari tu depa kata kalau rumah ada masalah bagitau ja depa, nanti depa baiki atau guna ja duit kami dulu, nanti tolak dari sewa rumah. Bila kami habaq kat depa masa tu, depa suh kami baiki dan bayaq sendiri.

Lepas tu bil air yang tunggakan sebelum ni pun kami kena bayar guna duit kami. Yang tu mujur la kami tolak siap2 untuk bulan seterusnya. Masa tu kami pelik dah tapi still pikiaq positif lagi la kan. Hujung bulan 12 tahun 2017 tu pulak kot, depa kata kami tak bayaq lagi sewa bulan 12 padahal kami ni jenis bayaq awai bulan, bukan akhir bulan. Kami cakap dah bayaq pun dia nafikan. Dia kata yang awal bulan 12 kami bayaq tu kan sewa untuk bulan 11. Dia siap tinggi suara lagi dengan suami saya cakap you fikir baik2 you belum bayar lagi. Aik?? Memang tak boleh brain. Kuat putaq belit dia ni.

Sejak tu saya mula buat list whatsapp tick sampai hp suami rosak.






Dah berapa hari bergaduh baru la dia kata, dia lupa, anak dia dah tanda yang kami dah bayaq, dia yang lupa. Ok fine la kan. Kami pun malas nak panjang cerita. Sejak tu saya buat satu list whatsapp tick bulan2 yang saya dah bayar. Sampai la hp suami rosak. Suami dah tak update yang bulan 11 dan 12 2018 dalam whatsapp tapi masih continue bayaq macam biasa.

Tengah bulan 12 2018 pulak saya dapat tawaran kerja baru belah Bayan Lepas, so kami nak pindah pi duduk area sana. Kami pm la dia baik2 mintak deposit. Dia cakap akak tak tau, adik kena sembang dengan suami akak.






Lepas tu masa saya pi kerja, suami saya call suami dia baik baik minta utk dapatkan deposit. Tiba2 suami dia cakap mana boleh bagi deposit sebab kami tak bayar lagi sewa bulan 12 2018. Kami tanya la awal bulan 12 bayar kat bini abg tu apa dia? Dia cakap tu duit untuk bulan 11. MyGod... Dia pusing sekali lagi cerita. Pandai kan?

Dia cakap adik yang pening. Sekarang ni kami yang pening ka dia yang pening? Haha 😂 Cakap macam keling aih. Haha sorry bukan nak racist.

Lepas tu pagi tadi saya mesej la isteri dia tanya nama suami dia, saya cakap sebab saya nak buat laporan polis . Dia tak reply. Lepas tu saya pm lagi nama kak z**** kan? Nama anak akak n**** kan? Dia cakap ya kenapa? Saya cakap sebab saya nak buat laporan polis, polis perlukan detail.

Lepas tu terus dia msg suami saya cakap dia lupa yang kami dah bayar bulan tu, ya betul kami dah bayar bulan 12. Pulak dah. Senangnya hang kata lupa. Hang dah makan perabeh duit tu hang kata hang lupa . What the heck?






Bini tuan rumah ambil dan pakai duit sewa.

So saya pun call kak tu and tanya kenapa semalam cakap kami x bayar sewa. Dia jawab, kan saya dah bagitau saya lupa. Ok fine. Lepas tu saya kata okay takpalah, deposit bila boleh dapat? Dia cakap dia tak tau. Dia tak mau masuk campoq. Nanti sembang sendiri dengan laki dia.

Saya dah geram terus saya tanya dia, kak tak dok sekali ka tak tidoq sekali ka sampai tak boleh sembang sendiri dengan laki kak? Dia jawab laki dia kerja sampai malam. Saya jawab habis tu dia tak balik rumah ka sampai hampa tak boleh nak sembang dua? Baru la dia jawab, nanti kak jumpa dia kak bagitau.

Suami dia asyik kata pi la report polis.... pi la report polis...

Lepas tu saya pun call laki dia, bagitau kata bini dia dah mengaku kata dia sendiri dah ambik duit tu dan lupa. Laki dia kata ya saya dah tahu. Saya pun tanya deposit saya macam mana, dia jawab tadi you nak repot polis kan, pi la repot. Saya tanya balik depo nak bagi ke tak nak? Dia kata pi la repot polis. And dia asyik cakap pi la repot polis. Saya geram. Saya pun kata okay jumpa kat balai polis.






Abah kata kes tak kuat sebab tak ada hitam putih...

Saya memang ingat nak pi balai report meskipun saya tengah tak free sangat2 sebab barang tak pack lagi, anak pulak cirit birit tak sihat, tapi Abah saya cakap kes saya tak kuat sebab saya tak dak hitam putih kata saya dah bayaq and bukti conversation whatsapp.

So saya pun terpaksa la redha. Takpalah Tuhan tau. Nanti biar la karma kat hampa pulak. Aku ambik pengajaran la. Lepas ni kena ada resit ataupun ambik ja gambaq atau video masa bayaq tu.

Depo tu RM500+RM300 utility ja pun. Tak besaq mana pun nilai tu. Cuma tak puas hati dengan attitude depa tu ja.

Sekian. Sorry berteraboq. Ahhaha.






Sumber : Zainab Zinnirah

-----------------------

Komen PB

Sebagai penyewa. Memang patut ada rekod dalam setiap transaksi antara penyewa dan tuan rumah supaya tak jadi masalah macam ni di kemudian hari. Jadi berwaspadalah ya. Simpan semua rekod bayaran anda sebagai penyewa dengan tuan rumah.




Kes Tuan Rumah Sewa Tak Mahu Pulangkan Deposit. Ini Nasihat Penyewa. Kes Tuan Rumah Sewa Tak Mahu Pulangkan Deposit. Ini Nasihat Penyewa. Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:40:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!