Keluar UMNO Demi Kelangsungan Politik Orang Melayu - Mas Ermiyati Talam Seribu Muka

Keluar UMNO Demi Kelangsungan Politik Orang Melayu - Mas Ermiyati Talam Seribu Muka.

Dia sempat kata bahawa dia keluar UMNO bukan kerana tak sayang tetapi kerana lebih utamakan kelangsungan politik orang Melayu. Alasan yang sama digunakan oleh ramai wakil rakyat yang bawa lari kerusi UMNO pergi ke PPBM. Sampah belaka diorang nih. Waktu UMNO dalam keadaan getir inilah diorang buat hal.


ALOR GAJAH: Ahli Parlimen Masjid Tanah yang keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, menjelaskan beliau bukan tidak sayang UMNO tetapi lebih mengutamakan kelangsungan politik orang Melayu.

Beliau mendakwa, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lalu, orang Melayu menghadapi masalah perpecahan yang amat serius berikutan ada pelbagai parti yang mewakili perjuangan politik mereka.

“Bukannya kita tidak sayang UMNO tetapi kita perlu memikirkan dalam konteks perjuangan orang Melayu.

“Ancaman perpaduan dalam kalangan orang Melayu sangat teruk dan bukannya kita mengkhianati perjuangan orang Melayu...kita perlu fikir ke mana kita orang Melayu selepas ini,” katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan borang keahlian BERSATU oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Kapten (B) Abdul Karim Sulaiman, yang keluar UMNO dan menyertai BERSATU di kediaman Abdul Karim di Kampung Jeram, Masjid Tanah di sini, hari ini.






Borang berkenaan diserahkan kepada Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, Datuk Rafiq Naizamohideen.

Mas Ermieyati berkata, walaupun agak canggung berada dalam program BERSATU sejak menyertai parti berkenaan, beliau mampu menyesuaikan diri demi perjuangan politik orang Melayu.

“Tadi saya hadir dalam majlis BERSATU di tempat lain, memang rasa agak canggung, maklumlah masih baru,” katanya.

Sehubungan itu, beliau melahirkan keyakinan lebih ramai ahli UMNO akan menyertai BERSATU pada masa depan.

Mas Ermieyati menamatkan teka-teki hala tuju politiknya apabila menyertai BERSATU pada 13 Disember lalu selepas keluar daripada UMNO pada 1 Julai lalu.






"You'll Never Walk Alone Sir." - itulah kata-kata Mas Ermiyati dahulu semasa Perhimpunan Agung UMNO 2017. Nampak gah dan bersemangat tapi rupa-rupanya palsu dan dusta belaka. Sama perangai dengan kerajaan hari ini yang berdusta kepada rakyat mengenai manifesto mereka. Videonya di bawah.








Pengkhianat Yang Bermuka-muka

Bukan itu sahaja. Mas Ermiyati juga telah memuat naik status di twitter nya dengan nada menyindir orang yang berpaling dari UMNO. Tak lama selepas itu dia sendiri yang buat tindakan yang sama. Dasar pengkhianat bermuka-muka.


Aku malas nak komen lebih-lebih. Aku kalau orang tikam belakang aku ni sampai kiamat aku ingat. Ahli UMNO pun kena buat perkara yang sama. Orang Islam pun kena buat perkara yang sama. Bukannya hanya jadi pak angguk-angguk geleng-geleng.



Keluar UMNO Demi Kelangsungan Politik Orang Melayu - Mas Ermiyati Talam Seribu Muka Keluar UMNO Demi Kelangsungan Politik Orang Melayu - Mas Ermiyati Talam Seribu Muka Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:43:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!