Ini Jawapan Sempoi Tunku Mahkota Johor Bila Di Tanya Kenapa KFC Naik Harga


Ini Jawapan Sempoi Tunku Mahkota Johor Bila Di Tanya Kenapa KFC Naik Harga.

Dalam berita hari ini tular mengenai kenaikan harga makanan di KFC. Perkara ini turut di petik oleh Datuk Seri Najib Razak yang menyindir Tony Pua yang pernah berkata bahawa harga akan lebih murah lepas SST dilaksanakan.






---------

KUALA LUMPUR – Penggemar makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin menerima kesan daripada kenaikan harga makanan itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat makanan segera itu memberitahu bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan di kesemua rangkaian restoran itu adalah termasuk 6 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kenyataan itu mengulas rungutan netizen dan penggemar ayam goreng itu yang tular mengatakan harga makanan segera itu kini didapati meningkat.

KFC dalam kenyataannya berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya bagi memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Kami berharap para pelanggan memahami menu kami telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza,” kata memetik laporan Utusan Malaysia Online hari ini.

Perkara itu dijelaskan oleh KFC apabila terdapat perbandingan harga di media sosial yang membandingkan harga Snack & Dinner Plate keluaran mereka.

Ulas kenyataan itu, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Dalam perbandingan itu, netizen berkata harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.






Ulas kenyataan itu, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Di Twitter, pelbagai reaksi dapat dibaca mengenai kenaikan harga makanan segera itu.

@Adam57551010 membuat ciapan “Betul ke harga KFC dah naik ni? Mesti ramai yang tak perasan.

Status itu turut diciap @xxxbyefelicia yang berkata perkara itu dilakukan secara senyap oleh pihak pengurusan KFC.

“Memang la KFC kena naik harga senyap senyap. Takkan nak buat banner “KFC NAIK HARGA!!! MARI DAPATKAN SEGERA”

“Senyap senyap tu bukanlah dia display harga RM3 bila bayar jadi rm5 pun. Dia display dah harga baru, antara kau perasan ke tidek je kan?,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ada netizen yang menasihatkan agar peminat KFC membeli pesanan bucket kerana tiada kenaikan harga.

“Akak kfc cakap kalau nak jimat, ambik yang bucket. sbb harga tak naik,” kata @lastonestraw. -MalaysiaGazette

------------






Seorang netizen telah bertanya kepada Tunku Mahkota Johor mengenai kenaikan ini dan inilah jawapan baginda kepada individu tersebut.







Ini Jawapan Sempoi Tunku Mahkota Johor Bila Di Tanya Kenapa KFC Naik Harga Ini Jawapan Sempoi Tunku Mahkota Johor Bila Di Tanya Kenapa KFC Naik Harga Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:29:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!