"Kami tak terima keturunan campuran." - Cina Penang


GEORGE TOWN: Duvyang Hong fasih berbahasa Mandarin. Jadi apabila dia membaca iklan menawarkan bilik sewa kepada “lelaki Cina” dia yakin dia layak.

Tetapi, apa yang lelaki berusia 25 tahun itu alami dalam usahanya mendapatkan bilik untuk disewa itu membuatkannya merasa sungguh pelik.

Dia menghubungi kira-kira 10 pemilik rumah di Bukit Mertajam yang sedia menyewakan bilik kepada “lelaki Cina”.

Malang bagi Hong kerana setiap daripada pemilik rumah tersebut enggan menerimanya sebaik sahaja dia memberitahu dia bukan Cina tulen.

“Cuma dua orang benarkan saya cakap sampai habis sebelum membenarkan saya menjelaskan tantang bangsa saya. Yang 7 atau 8 lagi enggan melayan lagi dan matikan perbualan dengan cepat,” Hong memberitahuy FMT mengenai pengalaman pahitnya untuk mendapatkan bilik sewa.






Dia datang ke Pulau Pinang dari Sungai Petani, Kedah, untuk memulakan kerja sebagai jurulatih pengaturcaraan.

Hong biasanya dirujuk sebagai “Chindian”, berdasarkan perbezaan bangsa antara ibu dan bapanya.

Katanya, dia menghubungi pemilik-pemilik tersebut kerana tiada pilihan memandangkan hampir semua meletakkan syarat bangsa kepada mereka yang hendak menyewa bilik

“Saya bukanlah seorang Cina yang nampak seperti Chindian, tetapi berdasarkan ayah dan datuk saya yang berbangsa Cina, saya fikirkan saya layak,” katanya.






Katanya, dia seorang profesional dan berbangsa Cina seperti syarat yang dikehendaki semua pemilik berkenaan, sebab itu dia rasa pelik apabila permohonannya ditolak.

Katanya, setiap kali dia bercakap dalam bahasa Mandarin, pemilik-pemilik itu bersetuju menerimanya dan memutuskan kadar sewa dan sebagainya.

“Selepas semua urusan itu berakhir, saya mahu bersikap jujur dan memberitahu mereka saya sebenarnya bangsa campuran, bukan Cina tulen.

“Mereka terus menjawab, kami tidak sewakan kepada bangsa campuran. Kami sewakan kepada Cina sahaja,” katanya.

Hong bekerja sebagai jurutera selama setahun tetapi memutuskan untuk membuat kerja sambilan.

Dia kini tinggal dengan rakan keluarganya.

Datuk Hong berasal dari Tongshan, China.

Hong juga fasih berbahasa Tamil. Katanya, sebelah keluarga Cinanya juga bercakap Tamil, kerana bergaul dengan kaum India di estet Sungai Batu, tidak jauh dari Sungai Petani.

Katanya, nama pertamanya, Divyang, dari bahasa Sanskrit, yang bermakna badan ketuhanan. - FMT





"Kami tak terima keturunan campuran." - Cina Penang "Kami tak terima keturunan campuran." - Cina Penang Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:46:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!