Drama. Kalau tak boleh tidur berdoalah pada Allah. - Najib Razak tempeleng Mujahid.


Warkah dari Codova untuk Nurul Izzah yang dicatatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa semalam terus menerima sindiran di laman sosial.

Turut mengulasnya adalah bekas perdana menteri, Najib Razak yang menganggap surat kepada ahli parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar sebagai 'drama'.

"Lepas baca warkah Cordova. 'Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda'. Drama.

"Dah berapa malam tak tidur? Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang," tulis Najib di Facebook.

Baca juga : Surat Cinta Mujahid Bikin Ramai Netizen Loya






Semalam Mujahid yang dalam perjalanan dari dari Cordova ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah yang dipaparkan kepada umum di Facebook beliau.

Dalam warkah sepanjang 25 perenggan itu Mujahid memanggil Nurul Izzah sebagai adinda dan membahasakan diri beliau sebagai kekanda.

Najib memetik salah satu ayat dalam warkah itu yang mana Mujahid mencoretkan bahawa beliau tidak boleh tidur kerana mengenangkan apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah,

Mujahid merujuk kepada tindakan Nurul Izzah meletak jawatan sebagai naib presiden dan pengerusi PKR Pulau Pinang pada 17 Disember lalu. - MK










Drama. Kalau tak boleh tidur berdoalah pada Allah. - Najib Razak tempeleng Mujahid. Drama. Kalau tak boleh tidur berdoalah pada Allah. - Najib Razak tempeleng Mujahid. Reviewed by Pendekar Berkuda on 7:40:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!