Cuba Kencing Polis Trafik. "Beri Dia Borang PH." - kata Netizen


Ada macam-macam cara orang guna untuk lari dari saman polis trafik mahupun JPJ. Namun seorang mat motor ini memberikan alasan yang sungguh unik iaitu "ekzos bising baru jimat minyak."

Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, lelaki itu di tahan oleh polis trafik dalam operasi mereka di Terengganu.

Seorang netizen bernama Aloyz Dasuki yang membaca berita dan alasan mat motor terbabit telah memberikan komentar yang sangat padu.

"Pandai dia kencing, beri dia borang PH!" - katanya.

Di bawah ini adalah petikan akhbar Harian Metro.




“EKZOS bising ni jimat minyak tuan... pasal tu saya pakai ekzos ni,” kata seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Lejang/Samseng Jalanan di Kilometer 61, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Rantau Abang, Dungun, hari ini.

Pemuda berusia 28 tahun itu merayu dia tidak dikenakan saman kerana mendakwa ekzos motosikalnya tidak pernah mengganggu ketenteraman dan tidak pernah dimarahi penduduk kampungnya.

“Motosikal ini saya pakai waktu nak jalan jauh je, kalau di kawasan kampung atau nak ke masjid saya guna motosikal lain.

“Saya ada anak isteri, takkan saya nak ganggu ketenteraman penduduk, malu anak isteri saya,” rayu lelaki itu.






Bagaimanapun, rayuannya itu tidak dilayan, sebaliknya polis mengeluarkan saman dan meminta dia menggantikan ekzos itu dengan ekzos yang diluluskan.

“Mahal ekzos ni encik RM300, jimat minyak saya ni, mana ada wang saya nak bayar saman encik,” katanya sebelum menurunkan tandatangan di kertas saman.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, polis mengeluarkan sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama dua jam itu.






Menurutnya, sebanyak 384 kenderaan diperiksa membabitkan 220 kereta, 150 motosikal, empat pacuan empat roda, tiga lori serta sebuah bas.

“Kita turut membuat pemeriksaan ke atas 390 individu dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang memiliki dua biji pil kuda serta mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu membabitkan dua pegawai serta 14 anggota polis.






KOMEN PB

Apa kejadah la kot ye pun nak kencing polis jangan lah bagi alasan bodoh macam tu. Orang lain boleh lah kau kencing. Tapi kalau polis tu pun minum kencing kau. Sah-sah polis tu pun confirm orang PH. Kah!





Cuba Kencing Polis Trafik. "Beri Dia Borang PH." - kata Netizen Cuba Kencing Polis Trafik. "Beri Dia Borang PH." - kata Netizen Reviewed by Pendekar Berkuda on 6:29:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!