Bukan salah KFC Harga Makanan Naik - Netizen







Kalangan netizen berpendapat bahawa bukan salah GST harga makanan naik sebaliknya ia disebabkan oleh kebodohan kerajaan dalam mengurus negara. Bahkan ada ada yang berkata bahawa SST yang kerajaan dah laksanakan telah membebankan mereka sebagai pengguna akhir.

Sementara itu, dalam hantaran Facebook beliau, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kenaikan itu pasti tak dapat di elakkan kerana stok bekalan lama pada harga GST atau harga ketika tax holiday telahpun habis. Jadi para peniaga harus semak semula harga berdasarkan harga stok baru.

Seperti yang saya pernah jelaskan, peruncit dan pengedar biasanya memiliki stok lama yang belum terkesan oleh cukai SST.
Seperti yang sedang berlaku sekarang, stok lama akan kehabisan dan diganti dengan stok baru yang dikenakan SST.
Oleh itu, kesan kenaikan harga barang akibat cukai SST tersembunyi akan terus dirasai dan ditanggung pengguna bagi bulan-bulan yang akan datang.

----------






KUALA LUMPUR – Penggemar makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin menerima kesan daripada kenaikan harga makanan itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat makanan segera itu memberitahu bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan di kesemua rangkaian restoran itu adalah termasuk 6 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kenyataan itu mengulas rungutan netizen dan penggemar ayam goreng itu yang tular mengatakan harga makanan segera itu kini didapati meningkat.






KFC dalam kenyataannya berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya bagi memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Kami berharap para pelanggan memahami menu kami telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza,” kata memetik laporan Utusan Malaysia Online hari ini.

Perkara itu dijelaskan oleh KFC apabila terdapat perbandingan harga di media sosial yang membandingkan harga Snack & Dinner Plate keluaran mereka.

Ulas kenyataan itu, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Dalam perbandingan itu, netizen berkata harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Ulas kenyataan itu, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.






Di Twitter, pelbagai reaksi dapat dibaca mengenai kenaikan harga makanan segera itu.
@Adam57551010 membuat ciapan “Betul ke harga KFC dah naik ni? Mesti ramai yang tak perasan.

Status itu turut diciap @xxxbyefelicia yang berkata perkara itu dilakukan secara senyap oleh pihak pengurusan KFC.

“Memang la KFC kena naik harga senyap senyap. Takkan nak buat banner “KFC NAIK HARGA!!! MARI DAPATKAN SEGERA”

“Senyap senyap tu bukanlah dia display harga RM3 bila bayar jadi rm5 pun. Dia display dah harga baru, antara kau perasan ke tidek je kan?,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ada netizen yang menasihatkan agar peminat KFC membeli pesanan bucket kerana tiada kenaikan harga.

“Akak kfc cakap kalau nak jimat, ambik yang bucket. sbb harga tak naik,” kata @lastonestraw.
Bukan salah KFC Harga Makanan Naik - Netizen Bukan salah KFC Harga Makanan Naik - Netizen Reviewed by Pendekar Berkuda on 12:49:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!