BSH : Orang Bujang Tak Ada Yang Susah Ke? - Najib Tempelak Guan Eng


BSH : Orang Bujang Tak Ada Yang Susah Ke? - Najib Tempelak Guan Eng

Memang celaka ini menteri kewangan. Bukan sahaja bantuan untuk orang bujang telah di mansuhkan. Malahan mereka tinggalkan serdak sahaja selepas menjarah duit negara dengan rakus. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga dah rembat duit rakyat bujang dengan cukai minyak yang tersembunyi selama 2 bulan.

Datuk Seri Najib pula telah memuat naik status dalam halaman facebook nya menempelak Lim Guan Eng tentang perkara ini.






------------------------------------

Dulu PH bukan main kerap lagi tuduh BR1M kerajaan BN dahulu ialah rasuah, dedak dan "Cash is King".

Kini PH mahu mempercepatkan bayaran BR1M.

Mempercepatkan apa?

Mempercepatkan rasuah, dedak dan "Cash is King" kepada rakyat?

Boleh tahan tajam juga U-turn terbaru ini.

Langkah mempercepatkan bayaran BR1M ini juga satu tanda yang kerajaan PH tahu keadaan sebenar ekonomi hari ini lebih teruk dari jangkaan orang ramai.

Mereka sedar rakyat sudah mula marah dengan kerajaan PH dan keadaan ekonomi yang semakin menurun.

Jika BN masih mentadbir dan GST masih dilaksanakan, bayaran BR1M pertama untuk bulan depan bukan hanya RM300 tetapi sekurang-kurangnya RM600 seorang.

Bukan itu sahaja.

Dulu kita bayar kepada 7 juta isirumah. Kini mereka bayar kepada 3.7 juta.

Orang bujang dari golongan B40 juga akan dapat tetapi di bawah kerajaan PH, mereka telah diketepikan.

Tak ada orang bujang yang susah, ke?

Tidakkah orang bujang juga mengundi PH 9 Mei lalu malah ada yang berjuang bersungguh-sungguh di laman sosial?

Apa kata orang bujang?















BSH : Orang Bujang Tak Ada Yang Susah Ke? - Najib Tempelak Guan Eng BSH : Orang Bujang Tak Ada Yang Susah Ke? - Najib Tempelak Guan Eng Reviewed by Pendekar Berkuda on 4:51:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!