Jika Tidak Mampu Tersenyum, Menangislah.

Aku terpanggil untuk menulis. Satu aksara yang sudah lama tidak aku lakarkan pada bahasa khayalan. Ketika selimut malam memayungi langit. Aku bersendiri untuk meluahkan perasaan hati.

Jika tidak mampu untuk tersenyum, menangislah. Kerana di akhirnya kamu akan mendapati satu perasaan yang di namakan akan ia, ketenangan. Menangis bukanlah satu tanda kelemahan tetapi tanda bahawa kamu adalah manusia biasa.

Terkadang, kita tertawa. kita bersuka ria. kita bergembira. hanya untuk menghilangkan perasaan sedih yang kita ada. Perasaan terluka, pedih, sakit, kecewa, putus asa dari segala rencah dan ujian dunia. Maka, menangislah. InsyaALLAH. Ada ketenangan di hujungnya.



Masih Bisakah Untuk Tersenyum?

Aku, suatu ketika dahulu adalah insan yang sering menangis pilu kerana ia mampu menenangkan jiwa saat aku rapuh di uji. Betapa pun begitu. Tangisan itu sebenarnya sudah lama hilang. Kerana ia memberikan aku kekuatan. Bahawa setiap satu ujian itu, wajib di tempuh, di langgar, di lepasi untuk mencapai ke arah tujuan.

Setiap kali aku rapuh, aku mampu menghilangkannya dengan tangis. Bukanlah ia tangis tersedu-sedu, melainkan sebuah tangis yang hanya aku sendiri tahu. Ia hanyalah titisan air mata tanpa suara, tanpa bunyi, tanpa sendu. Suatu tanda bahawa aku bisa menahan sebuah beban jiwa yang rapuh dan terluka.

Untuk kamu. Jika pada suatu saat kamu merasa rapuh dan kecewa dan putus asa, menangislah. Kerana tangisan itu mampu mengubati luka-luka.

InsyaALLAH.

Di ciptakan makhluk bernama Tangisan itu hanyalah sebagai penenang kepada manusia.

Wallahua'lamubissawab.
Jika Tidak Mampu Tersenyum, Menangislah. Jika Tidak Mampu Tersenyum, Menangislah. Reviewed by Unknown on 12:59:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!