Trafik Gila

Aku ingin tulis. tapi aku tidak mahu kamu baca. simple. Maka aku tulis tentang trafik gila. Kamu ingin tahu apa itu trafik gila? Sudah. Hapuskan saja.

Titik pada aksara adalah hina. Kamu takkan jumpa paparan gila pada tanda baca. Lempiaskan segala pertanyaan di penghujung nyata. Kerana di situ titik jawapan sebaiknya.

Trafik gila ini aku lakar kerana aku juga tidak ingin ia terus jadi nanar. Sebelum aku lempiaskan hawa nafsu ke atas bidadari kayangan yang turun ke dunia. Maka lihat dan ingat serta hadap apa itu trafik gila.

Umpama ular menyusur akar menghendap mangsa. aku tulis untuk menjahamkan perigi emas sang petualang hina.

Ah. abaikan saja kerana kamu tidak akan tahu apa itu trafik gila. Aku tulis dan kamu baca. kamu baca tanpa ketahui apa ia. Kah kah kah.

Nikmati saja.

Sayonara !


Trafik Gila Trafik Gila Reviewed by Pendekar Berkuda on 4:44:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!