Jangan Dengki Rezeki Orang Lain

Assalamu'alaikum...

Beberapa hari ini, feisbuuk aku penuh dengan status blogger hentam blogger. Yang meleret-leret sampai berjela-jela. Kisahnya bermula dengan luahan perasaan seorang blogger suami orang yang menyuarakan rasa tak puas hati terhadap blogger isteri orang yang jadi anak emas Nuffnang.

Inilah yang buat aku malas nak berblogging bila situasi tikam belakang sentiasa terjadi.... tak pernah dibuat2 lagi situasi macam ni... tetapi semakin kerap pula berlaku...

aku tak dengkikan rezeki orang yang diorang dapat dari blog.. sikit pun aku tak dengki sampai nak buruk2kan orang tu... rezeki dia, dia punya hak lah... takkan nak persoalkan rezeki Tuhan kat dia...

Tapi berapa ramai yang faham bahawa rezeki setiap orang berbeza2? kenapa mesti nak bash juga rezeki orang? itu bukan perkara yang sepatutnya berlaku...

contoh misal si gay Faizal Kamarul dan blogger bajet hot Izzati Hazrul nih... dia dapat macam2 offer gi travel semua bagai aku tak hendak nak dengki... itu rezeki dia... sebab aku tahu dia berusaha untuk dapatkannya... bukan duduk goyang kaki macam aku dalam dunia blog... aku tumpang gembira sebenarnya. tak pernah pulak aku pergi tikam belakang diorang pasal rezeki yang diorang dapat. Kalau aku tak puas hati, aku tikam depan-depan. Sungguh !

Aku dah lama sedar bahawa jika nak jana pendapatan dari blog kenalah kerja keras dan kenalah ada semangat yang lebih kuat dan jiwa yang kental dari orang lain. Blogger yang ternama hari ni tak jana income mereka dalam sehari dua...bahkan memakan masa bertahun-tahun. Ada yang terpaksa korbankan masa-tenaga-dan-wang ringgit semata-mata untuk bina jenama mereka. Ada tu sampai merayu-rayu kat kawan-kawan untuk undi mereka.


Misal contoh, Denaihati Ilhamku, yang membina jenamanya dengan pelaburan yang tak sedikit. tetapi dengan pelaburan yang telah banyak dikeluarkan sesuai dengan tagline beliau, Hidupkan Untuk Memberi. Begitu juga si Faizal Gay tuh, menebalkan muka meminta rakan2 mengundi dia. Kalau aku, tak sanggup !

Aku dah lama sedar bahawa rezeki aku bukan melalui blogging. Mungkin sehingga aku fokuskan 100% tumpuan aku kepada blog. Itu cuma mungkin. Kerana aku lebih minat berniaga. Kata orang, biar tak kaya asalkan tak miskin.

Jadi, bila ada blogger yang bash blogger lain sebab dia dapat income dan offer yang banyak, sudah pasti aku tak setuju. Tambah-tambah lagi jika blogger yang di bash itu ada dalam network aku dan blogger yang bash itu adalah musuh lama yang aku dendam sampai sekarang. Maybe ramai yang tak setuju dengan aku, tapi jalan aku adalah jalan yang aku pilih. Aku tak hendak ikut2 orang. Hatta kalau terpaksa jalan sendiri pun aku sanggup.

"Biar Kelihatan Asing Daripada Kelihatan Sama."


Maka, seelok-eloknya faham sendirilah. Jika aku bash tu maksudnya benda tu aku tak suka ada. Dalam sejarah aku dan dunia blog, bash aku semuanya bersebab. Aku bash blogger yang suka bikin onar dalam dunia blog. Blogger yang biasa-biasa yang okay-okay, pernah tak kena bash dengan aku? Jangan ikut style nyah Azfar Roslan tuh. Dia memang suka cari pasal dengan aku. Tak gheti2 nak tobat punya nyah.

err....

Beautifulnaraaaaaa....

opppss !!

Sayonaraaaaaaa ~!

Jangan Dengki Rezeki Orang Lain Jangan Dengki Rezeki Orang Lain Reviewed by Pendekar Berkuda on 3:28:00 PTG Rating: 5

28 ulasan

  1. hahaha.. Masing-masing ada bahagian masing-masing.. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaaannn....setiap orang sudah ditentukan rezekinya...cuma dia hendak atau tak hendak.. kalau hendak dia akan berusaha sedaya upaya untuk dapatkannya....

      Padam
  2. dan2 tak tikam belakang tapi g kutuk mmber eh..hahaha..best2 entri :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini baru namanya member2 blogging..bukan semua blogger boleh buat macam ni tau tau tau... agagaga.....

      Padam
  3. Balasan
    1. lahh...kenapa plak nak jumpa... saya ni penyegan orangnye... gituuu....

      Padam
  4. Oh gitu ke kisahnya?...tertinggal keretapi 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lah pulak.... lain kali beli tiket awal sikit k...

      Padam
  5. Musuh jangan di cari.. hehe.. Baca artikel pb yang ni dengan penuh perasaan, baru rasa ade feel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu....musuh jangan di cari...tapi kawan2 sendiri wajib dikutuk biar dia sedar diri... hahah...

      adohai...semua artikel pb ada feel la dalam dia... marah..suka..sayu...sendu... haaaa... gitu...

      Padam
  6. hang nak cite apa nih. pening aku baca wehh..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah baca kalau hang pening... hek eleh...

      Padam
  7. terkezut gak dgn isu ni semalam. blogger besar. blogger terkenal
    moga ada penyelesaian antara mereka. moga berbaik2 antara mereka berdua. kaler blog pun dah sama. merah hot2 gitu.
    moga kedua2nya dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya tak ada istilah dengki kat rezeki orang...tapi blogger sorang tu tak puas hati dengan rezeki dan pendapatan yang diperolehi oleh orang lain... jadi dibahannya... lepas di bahan boleh pulak ambil jalan mudah tanpa minta maaf...

      tak ada rasa bersalah langsung...

      Padam
  8. Kesimpulan adalah jangan bash aku dah la ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa barang bash hang...tak membawa keuntungan langsung... kalau bash hang pun.hang boleh buat donno je... malas aku... .

      Padam
  9. rezeki masing2. blogger yg lain harus tingkatkan blog bukan kondemkan orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul dah tu...kalau nak sama ngan orang tu, cuba jadi lebih dari orang tu... huhu..

      Padam
  10. masing2 ada bahagian sendiri tak perlu nak nash orang lain sangat .. apa yang kita dapat walaupun tak banyak tp tetap rasa syukur sangat .. nasib saya jenis tak berapa nak kisah apa jd pada orang2 ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak memang jenis macam tu... nak buat macam mana lagi...

      Padam
  11. Dengan kata lain.... rezeki kita akan bertambah apabila kita berkongsi dengan orang lain.... :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...agreed.... rezeki akan bertambah jika berkongsi... maka marilah kila beli kambing dan lembu korban... Eh !

      Padam
  12. jangan ingat blogger picisan macam aku pun takde orang dengki... siap menjaja cerita lagi kat belakang. sedihhhh.. apela dunia blog nak dengki-dengki.. cam bebudak

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengki dengan rezeki ko tu...siapa tak dengki tengok ko ke hulu ke hilir melancong sana sini?? agagaga...

      Padam
  13. Bash sana..bash sini..mohon jgn bash gua dah la ye bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa barang bash lu...tak menyumbang langsung... agagaga...

      Padam
  14. Topik panas di FB. Lebih baik buat kerja senyap-senyap dari mencari penyakit.

    BalasPadam
  15. Bersyukur dgn rezeki Yg ada mungkin rezeki tu dtg lambat ...silalah usaha Lebih dan doa Lebih.

    BalasPadam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!