Hati Seorang Bakal Pengantin.

Bismillahirrohmaanirrohim.. Hati Seorang Bakal Pengantin tidaklah sama dengan perasaan hati seorang pengantin seperti yang dikongsikan oleh blogger Denaihati di dalam entrinya, Hati Seorang Pengantin.

Berbicara di ruang lingkup seorang lelaki berstatus bujang tanpa seorang isteri sebagai pasangan hidup bagaikan menjerut tali ke leher sendiri. Luahan perasaan kadangkala sangat payah untuk keluar dari bibir. Selalunya hanya bicara bisu mampu mengungkapkan perasaan sendiri.

Sedih. Itulah hakikatnya. Ramai lelaki bujang yang telah berkerjaya, mereka sangat ingin mempunyai seorang isteri, namun seringkali keinginan mereka itu dibataskan sama ada oleh penolakan pihak perempuan mahupun atas perkara bersabit harta benda seperti jumlah hantaran yang mahal, kehendak-kehendak adat dan sebagainya.


Natijahnya, ramai lelaki lebih suka bersendiri. Bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kerana mereka tahu mereka tidak mampu. Tambahan lagi, berapa ramai yang mengikuti akan ayat ALLAH yang berbunyi :

"dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di kalangan kamu." 

Ia bagaikan satu perintah Allah kepada masyarakat. Tetapi berapa ramai daripada kita mematuhinya? Bukankah pernikahan itu sebahagian daripada penyempurnaan iman? Adakah kita tidak mahu membantu saudara-saudara kita sendiri untuk menyempurnakan imannya?

Semua ini belum lagi masuk bab mak bapak jual anak dengan meletakkan hantaran yang tinggi. Mereka beruntung kerana mereka tinggal di Malaysia. Cuba jika mak bapak tu tinggal di india ataupun bangladesh. Agak-agak la kan nak bayar DOWRY pakai apa?

Terkadang pendekar pun ingin nak marah juga, almaklumlah bukan senang nak kumpul duit berpuluh ribu hanya untuk kahwin sahaja. Susah sungguh... hurrmmm...

Entahlah.. pendekar malas nak fikirkan... cukuplah pada ALLAH pendekar mengadu...

Amiinn...

Hati Seorang Bakal Pengantin. Hati Seorang Bakal Pengantin. Reviewed by Unknown on 1:02:00 PG Rating: 5

2 ulasan

  1. betul tu, yang penting ikut kemampuan, ada yang mak ayah belah perempuan yang mudah ajak berbincang dan soal hantaran ikut kemampuan je. memang bagus dapat pakat-pakat sebelum kahwin antara bakal isteri dan keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cadangnya begitulah...tak sanggup jadi seperti seorang kawan tu yang berhutang dengan bank rakyat sehingga 50k semata2 nak kawin...

      Padam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!