VIRTUALFRIENDS.NET : PORTAL PERSAHABATAN MELAYU TERUNGGUL

Bismillahirrohmanirrohim...

ketik jemari masih mampu untuk menerakan kata di persada maya...kali ini aku bawakan kepada kalian satu sejarah mengenai aku dan dunia maya... salah satu portal yang dulu sering aku lawati dan layari untuk berkelana di alam maya..iaitu portal VIRTUALFRIENDS.NET...

Portal berbahasa melayu yang mampu untuk menggantikan populariti mIRC yang telah hilang dari kamus pengembaraan alam maya apabila digantikan oleh kecanggihan Yahoo Meseenger. Portal yang di mana aku sering menghabiskan dan memenuhi nafsu kegianan aku dalam membaca pelbagai topik-topik dan kisah-kisah menarik. di mana aku mampu untuk memperolehi ilmu sebelum kewujudan FRIENDSTER dan MYSPACE.. yang kini bagaikan hidup segan mati tiada mahu... adohai...

namun portal VIRTUALFRIENDS ini tetap kekal di situ...ditambah baik dari masa ke semasa..tiada yang mampu merubah kekukuhan benteng pertahanannya dari dicerobohi oleh keganasan pembangunan teknologi maya...

KLIK GAMBAR LELAJU KALAU NAK TENGOK :-)
Lambang keutuhan jiwa melayu ada di situ...portal yang terus kekal dengan warna BIRU LAUT nya...portal yang bila dipandang sejuk pada mata... :-)

AKU SAYANG VF! 
SELAMANYA TETAP DI SITU :-)
FACEBOOK PUN TAK BOLEH LAWAN VF YO !

p/s : kepada korang yang ketagih membaca tu..elok-eloklah join community VF...banyak dah gathering diadakan...

p/s : aku tak pernah join gathering VF. Ini adalah FAKTA !

p/s : sebelum VF, aku selalu lepak kat portal KOMUNITI SAHABAT HIJJAZ yang dah berkubur entah ke mana..adohai...


VIRTUALFRIENDS.NET : PORTAL PERSAHABATAN MELAYU TERUNGGUL VIRTUALFRIENDS.NET : PORTAL PERSAHABATAN MELAYU TERUNGGUL Reviewed by Pendekar Berkuda on 4:17:00 PG Rating: 5

4 ulasan

  1. pomot nampak...hehe..
    btw which id is yours...PB XD...
    and yes i agree the statement di atas...

    p/s : sila daftar sape mo daftar...
    p/s : ada ramai yg kahwin dgn sahabat vf ..sendiri..ini # FAKTA...
    p/s : kat mana pun ade likers and haters...
    cuma sana tak boleh BLOCK wall jer...-aku-

    -ladytwilight from vf...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...betul lah tu...dulu yang paling awal nikah pada zaman aku adalah KING...badan dia memang KING...bini dia kecik cinonet je...siap jemput lagi tu..hehe...

      Padam
  2. x penah dgr pn portal ni..
    tp nk cbe terjah jgk..
    hihi

    BalasPadam
  3. semoga komuniti VF terus sukses dan lebih terkenal dikalangan orang kita.

    BalasPadam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!