PUISI : BERSAKSIKAN LANGIT

ku ukir namamu di awan gunung jerai...
disaksikan laut, daun nyiur melambai..
jauh pandangan permai, di situ tanjung dawai..
terkenang peristiwa cinta kita terurai...
oh indahnya peristiwa..
cinta kita di pantai merdeka....

- Cinta Pantai Merdeka - Tropika
--------------------------------------------------------


kehidupan berlandaskan rentak melodi irama menggamit kehebatan hakiki insani..
walang hati tersentuh pada kalimat kata yang terurai di layar mimpi...
bayang hitam tercipta saat pejalnya struktur di limpahi cahaya...
biar seribu tahun ia tetap akan ada...

selagi mentari ada...
selagi bulan menjelma..
selagi nafas berhembus...
selagi nyawa tetap situ...

bersaksikan langit...
ku pacakkan senda tawa...
ku benamkan sendu melata..
agar di penghujungnya...
kebahagiaan sentiasa ada...

----------------------------------------------------------

kau umpama bidadari...
suci bagai embun pagi..
tapi aku belum pasti...
apakah cinta mu itu suci...

kau hadir membawa erti..
warna-warni di kala sepi...
bagaikan dian yang menyinari..
bersama cintamu abadi....

- bidadari - lela
PUISI : BERSAKSIKAN LANGIT PUISI : BERSAKSIKAN LANGIT Reviewed by Unknown on 1:45:00 PG Rating: 5

1 ulasan

  1. hah! sesekali berpuisi...macam hilang identiti pendekar yang gagah menggegar.

    layannnn...sedap hrmmmm maksud kakCT bagus.

    BalasPadam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!