IKLAN ANTI JIHAD MENGGEGARKAN NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT! #mysubwayad

Satu iklan yang dianggap sebagai pro-Israel, yang dipaparkan di dalam #mysubwayad kota New York telah mendapat pelbagai respons dari pelbagai kalangan warga New York. Iklan yang menggelarkan satu kelompok sebagai "savage" ataupun penyembelih dengan perkataan Support Israel, Defeat Jihad dibenarkan untuk dipaparkan di dalam ruang iklan di subway kota New York.

*subway adalah pengangkutan macam LRT tetapi di bawah tanah.*


Kesan akibat penyiaran iklan ini yang lebih bersifat menghasut daripada di sebalik mengatakan bahawa diri mereka adalah orang-orang yang bertamadun. Akibatnya dua pihak NGO telah melancarkan kempen iklan bagi tujuan mengembalikan semula pemikiran orang Amerika kepada asal.

Dua kelompok NGO itu bukanlah kelompok Muslim tetapi adalah kelompok orang Yahudi dan Christian iaitu Rabbis For Human Right yang mewakili Yahudi dan Sojourners yang diwakili oleh penulis Kristian, Jim Wallis.

Lihatlah, mereka juga adalah dari golongan mereka sendiri. Tidak perlu kita katakan apa-apa...mereka tahu erti apakah sebenarnya BERTAMADUN..


The Hufftington Post, Fox News, Washington Post turut menyiarkan mengenai perkara ini di dalam artikel mereka. 

Siapakah Pamela Geller yang menjadi aktor utama penyiaran iklan #AntiJihad ini? Beliau adalah seorang blogger, pengarang, dan aktivis politik yang terkenal dengan sifat anti Islamnya yang menebal. Dia pernah menyiarkan satu artikel kempen menentang Islamisasi di kota New York dan Amerika Syarikat umumnya. 

Sifat Islamophobia dalam dirinya begitu menebal. Melalui blognya http://atlasshrugs2000.typepad.com/ banyak di tulis olehnya tentang Islam dan betapa kerasnya dia menentang Islamisasi di Amerika. 

Dan kini, New York bergegar lagi dengan Islamophobia. hiks..

Sekian ditulis tanpa tapisan dua kali oleh Pendekar Berkuda.

p/s : Islam memang ditakuti. Hatta masa kamu tengah duduk sambil solat pun. Sebabnya? Kerana pemikiran mereka telahpun berjaya didakyahkan.

p/s : Bak kata seorang twitterian, "kalau samakan seorang sebagai penyembelih, kita akan kembali semula ke zaman sebelum pencerahan, atau dalam kata lain Renaissance. Tetapi tunggu, bukankah kita mendapatkan pencerahan itu melalui Islam?"

p/s : Islam memang akan dibenci sampai kiamat. :-)


IKLAN ANTI JIHAD MENGGEGARKAN NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT! #mysubwayad IKLAN ANTI JIHAD MENGGEGARKAN NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT! #mysubwayad Reviewed by Unknown on 3:10:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!