SEBANGSA SENEGARA SEJIWA - Bahasa Malaysia pun #Failed!

Hihiks...maaf kalau terasa bila pendekar bilang pendekar tergelak baca tema hari kemerdekaan Pakatan Rakyat yang penuh celaru ini..kusut masai lagi serabut...

Bahasa itu indah..main-main taruk akan jadi bahasa pasar yang entah apa-apa...

SEBANGSA

Mereka bilang maksudnya adalah satu bangsa...tak pernah lagi dalam sejarah ada tema kemerdekaan yang diubahsuai pada perkataan jadi singkatan yang merapek...Kita semua tahu Indonesia paling banyak guna singkatan dalam struktur ayat...tapi tak pernah lagi dengar mereka bikin tema merapik macam ni.. Kih kih kih...

Sebangsa? Apa salah kalau guna SATU BANGSA terus? Bukankah lebih enak di sebut dan di dengar? Kalau tak boleh diterjemahkan jadi SEB BAIK BUKAN ANGSA...wakakakakak....

SENEGARA

Kenapa bukan SATU NEGARA? Adakah sebab nak nampak lebih bijak kononnya dalah hukum tatabahasa dan penstrukturan ayat? Kata kat pakatan ramai orang bijak pandai?? Booo...mana depa semua tu pergi? Kena pijak ka?

SEJIWA

Ini paling tak boleh belah...apa pun tak boleh...jadahnya letak satu perkataan yang sangat mustahil dalam realiti? Sepasang suami isteri yang saling mencintai pun takkan pernah jadi sejiwa...sepasang kembar paling seiras pun takkan mampu jadi sejiwa...jadi apa motifnya letak perkataan ini dalam tema? Nak tunjukkan bahawa iman kita semua sama? Kepercayaan kita semua sama? Kita semua sama rata sama rasa depan belakang tetap sama? Sampah betullah kalau letak tapi tak faham makna sebenar...

Mana lagi sedap disebut dan di dengar? SEBANGSA SENEGARA SEJIWA dengan SATU NUSA SATU BANGSA SATU NEGARA??

Hiks...tepuk-tepuk pengakap tiga kali...*clap clap clap*....

Wakakakaka....

PAS ITU PARTI POLITIK
DAP ITU RACIST
UMNO ITU BANGSA
PKR ITU TALAM DUA MUKA

Atas dari semuanya...Islam itu tetap yang tertinggi dari segalanya...

Salam perjuangan...

Pendekar Berkuda.


SEBANGSA SENEGARA SEJIWA - Bahasa Malaysia pun #Failed! SEBANGSA SENEGARA SEJIWA - Bahasa Malaysia pun #Failed! Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:47:00 PTG Rating: 5

2 ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!