KAMU SUNGGUH MENGHARUKAN AKU. TERIMA KASIH YA. (^_^)

Ketika kamu meluah apa kamu rasa..
aku menatap patah demi patah...
pada setiap bait kata yang kamu susun menjadi madah...
membelai hatiku yang sedang resah...
Terima kasih ya wahai pemilik wajah indah.... (^_^)


Dalam lembut gemalainya patah kata...
aku terleka memahami makna...
ketika rindu bersenandung hiba...
membelai hatiku di perbatasan senja...


Aku sungguh terharu...
bukan kerana apa yang telah teraku...
tapi kerana indahnya rasa hatimu...
memuja aku meski aku bukanlah seperti itu....


Aku ini cuma insan biasa...
seorang lelaki yang berdosa berat...
pada tanggungjawab dan amanah yang sungguh berat...
menghimpit pundak bahu nan sekerat...
Mujur saja aku masih belum lagi jadi keparat...


Maka itulah...
setiap bait dan patah kata... 
yang kamu gubah menjadi madah jiwa...
mengharukan aku yang membaca...
menyusup ke dalam hati penuh makna...


Terima kasih wahai cinta...
andai sudah takdirnya Lillahi Ta'ala...
akan bertemu jua kita...
untuk menatap indahnya langit...
di suatu perbatasan senja... 


Terima kasih ya...atas segalanya.... (^_^)




Kerana kamu...diriku sungguh berharga...terima kasih sayang atas segalanya...
KAMU SUNGGUH MENGHARUKAN AKU. TERIMA KASIH YA. (^_^) KAMU SUNGGUH MENGHARUKAN AKU. TERIMA KASIH YA. (^_^) Reviewed by Pendekar Berkuda on 10:54:00 PTG Rating: 5

2 ulasan

  1. Smoga Rahmat Illahi sentiasa tercurah untuk kebahagiaan kamu berdua....Amiin...

    BalasPadam
  2. :) tulisanmu berbau bahagia...moga kan terus mewangi Pendekar


    ...bertandang ..salam hati

    BalasPadam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!