AWAS! PERINGATAN UNTUK GADIS-GADIS YANG KEMARUK SANGAT NAK JADI MODEL GUNA FACEBOOK!

Ini adalah peringatan ikhlas buat semua gadis-gadis yang kemaruk sangat nak jadi model dengan menggunakan gambar-gambar yang di upload secara berleluasa di Facebook. Dahlah model tak dapat...maruah tergadai percuma... Tak ke rugi???

Jadi, peringatan untuk anda wahai sekalian gadis-gadis yang bajet cantik-lawa-cun-comel-seksi-segala-bagai tuh... bawa-bawalah beringat ya...

"Tuhan kalau nak tunjuk pada kita, sekelip mata sahaja tahu..."



KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.
AWAS! PERINGATAN UNTUK GADIS-GADIS YANG KEMARUK SANGAT NAK JADI MODEL GUNA FACEBOOK! AWAS! PERINGATAN UNTUK GADIS-GADIS YANG KEMARUK SANGAT NAK JADI MODEL GUNA FACEBOOK! Reviewed by Unknown on 7:30:00 PG Rating: 5

27 ulasan

  1. nak jd malaysia next top model la kononnya.

    BalasPadam
  2. setuju sgt. 'fitnah wanita' zaman sekarang..ramai terjebak sebab excited sgt nak jadi popular..nauzubillah.

    BalasPadam
  3. Cara mudah nak senang... Akhirnya, kecundang jua...

    Moga Allah jauhkan perkara sebegini daripada berlaku kepada kita dan keluarga kita...

    BalasPadam
  4. @Dawa

    mungkin juga...dah kemaruk sangat agaknya...

    BalasPadam
  5. @yuyu aziz

    wanita yang selalu jadi mangsa...tapi mereka tak pernah sedar... hakikat terpampang besar depan mata...

    BalasPadam
  6. @~ Cik Azz Abu Bakar ~

    Amin...mudah-mudahan dijauhkan dari segala hal-hal yang tidak elok....amin...

    BalasPadam
  7. ermmm... sebelum lakukan sesuatu kena selidik dulu....

    BalasPadam
  8. mengapa harus mengejar kemewahan hidup tanpa berusahaa hanya mahu jalan mudah...pikirkalh yg mudah itu belum pastinyer betul sebgaimana laporan diatas terpedaya nk jadi model......

    BalasPadam
  9. @Aidanatasya

    memang cari padah kan? Nak marah ada..kasihan pun ada... hmmm...entahlah...

    BalasPadam
  10. @eyda

    betul tu...semua orang nak yang mudah-mudah belaga...malas berusaha...tapi nak cepat kaya...
    makan muncullah skim cepat kaya...

    BalasPadam
  11. padan muka nak mengejar glamer sgt...

    BalasPadam
  12. Kenapa la tak pikir dulu, tak siasat dulu dan tak tanya org sekeliling yang lebih arif. Dunia model tak semuanya indah.

    BalasPadam
  13. Ni nak jadi model Porno ke? rosak2 banyak lagi kerja boleh buatkan

    BalasPadam
  14. bahaya2.... bru nak ngorat model..haha

    BalasPadam
  15. ish3... teruk kan.. dunia akhir zaman

    BalasPadam
  16. ishkk .ishkkk , teruknyaaa ....

    BalasPadam
  17. @Myvitrd

    tu la pasal....akal ada tak mampu nak guna...

    BalasPadam
  18. @Zuewairy

    dunia akhir zaman itu sudah pasti...hehehe...

    BalasPadam
  19. Bersederhanalah dalam semua perkara kecuali ilmu,pertingkatkan ilmu yang baik kerana dengan ilmu yang baik itu akan memberi seseorang berfikir untuk melakukan sesuatu....Ya Allah lindungilah kami kaum hawa dari perkara2 yang mungkar..amin..

    BalasPadam
  20. Sebab tu akai kena guna betoi2

    BalasPadam
  21. xkn xbole fikir bile disuro berbogel??xke memalukn?? da byak da jmpe mcmni..ade yg snggup trime bayarn yg xlumayan pn ade..jnji glamour..apela...

    BalasPadam
  22. Aku pun nak jadi penguji bakat lepas ni.

    BalasPadam
  23. aku dah cakap, facebook ni bahaya dari dulu..takyahla jadi model kat facebook nih..

    BalasPadam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!