AKU ADA IMPIAN, ADAKAH AKU DAH BERUBAH??

Assalamualaikum sekalian. Pendekar minta maaf kerana mungkin anda sedikit kecewa dengan pendekar. Maafkan pendekar ya. Entah kenapa sejak dua menjak ni pendekar sudah jawang untuk menaip entry panjang lebar mengulas tentang sesuatu yang memberikan manfaat dan menenteramkan jiwa para pembaca sekalian.

Pendekar mahu bertanya pada anda, adakah pendekar telah berubah? Pada pendapat anda sendirilah. Mungkin juga pendekar agak lebih menumpukan kepada isu-isu semasa berbanding kepada dunia blogging. Sudah agak lama rasanya pendekar tidak berkongsi tips-tips blogging bersama anda sekalian. Juga sudah agak lama pendekar tidak menaip entry yang panjang lebar menghuraikan segala macam perkara mengenai dunia blogging.

Pendekar harap anda faham. Pendekar tidak lagi mempunyai laptop kesayangan untuk menaip entry yang sebegitu. Dan terus terang sebenarnya pendekar sangat cemburu pada seorang blogger ini kerana kemampuannya untuk mendapatkan keseronokan berblogging sambil membuat income yang tidak sedikit dari aktiviti blogging ini.

Siapa beliau? tidak perlulah anda tahu. Yang penting beliau bukanlah blogger popular tetapi beliau adalah blogger SEO yang dulu pernah pendekar pandang rendah kewujudannya. Heheh.. Gila bukan?? Tetapi kini income beliau sebulan sudah boleh mengatasi income yang diperolehi oleh blogger-blogger yang popular.

Pendekar bertekad, mulai dari saat ini, pendekar akan tumpukan kepada cara untuk memberikan semula kehebatan kepada blog ini sehingga bisa mencapai segala impian yang pendekar tanam dan impikan sebelum ini. Pendekar mahu menjadi blogger yang bukan sahaja bisa berbicara secara personal malah boleh memantapkan lagi isi dan kandungan blog ini dengan entry-entry yang penuh ilmiah. InsyaALLAH satu hari nanti pasti akan terjawab.

Sehingga itu, pendekar harap anda sekalian sudi untuk terus bersama blog pendekar berkuda sehingga satu hari nanti anda sekalian bisa pendekar angkat setinggi yang boleh pendekar angkat. Doakanlah ya mudah-mudahan segalanya termakbul. Amin..
AKU ADA IMPIAN, ADAKAH AKU DAH BERUBAH?? AKU ADA IMPIAN, ADAKAH AKU DAH BERUBAH?? Reviewed by Unknown on 11:55:00 PTG Rating: 5

12 ulasan

  1. seronoknya jdi blogger SEO ni.. kesian kat I Mac Pro PB tuh.. huhu

    BalasPadam
  2. tah PB ni..
    dah lme xdgr isu semasa yg hot..
    rindu nk bace kepetahan PB dlm arena peperangan..
    cewahhh

    hahaha

    p/s:da byk duit,blnje scc taw !! ^^

    BalasPadam
  3. tah PB ni..
    dah lme xdgr isu semasa yg hot..
    rindu nk bace kepetahan PB dlm arena peperangan..
    cewahhh

    hahaha

    p/s:da byk duit,blnje scc taw !! ^^

    BalasPadam
  4. IEB sudi bersama belog pendekar... teruskan usaha anda dan jangan putus asa untuk menulis, pedulikan si anon tu

    BalasPadam
  5. Jgn simpan apa yg terpendam nanti jiwa remuk redam

    Katakan yg benar, biarpun pahit

    Pahit itu ubat, manis itu racun

    BalasPadam
  6. @Izamir Ridzwan

    bukan iMac la IR...tapi MacBook Pro... IMac tu macam desktop je... bukan laptop....

    BalasPadam
  7. @sicomot-comel

    insyaALLAH... kalau ada rezeki lebih ape salahnya kan?? hehehe....

    BalasPadam
  8. @Isteri Yang Comel

    kat mana-mana pun ada anon... hahah...

    terima kasih IEB...

    BalasPadam
  9. @JR Shoppe

    memang betul pahit itu ubat... tapi manis itu bukanlah racun... madu tu kan manis?? ubat juga kan?? hahaha...

    BalasPadam
  10. @muhammad iqbal hakimi bin tahir

    sila-sila bro....

    hahah... teruskan menuntut ilmu...

    BalasPadam
  11. good job.ada niat, mesti jadi punya la..tapi tak semestinya terlalu serius mampu meningkatkan taraf blog. be your self. =)

    hipokrit sikit2 takpe, sebab manusia ni macam2. kena juga jaga hati diorang, kte blogging ni, ramai yg bace. o.o

    BalasPadam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!