MERANGKAK, BERTATIH DAN BERLARI


merangkak aku bertatih dan berlari untuk mengejar pelangi cinta semalam...
namun masa yang pantas...melenyapkan sisa sisa harapan yang ada...
tapi akan ku terus merangkak...
akan ku terus bertatih...
dan akan ku terus berlari...
untuk mengejar pelangi esok...
meski tak pernah ku tahu...
masih adakah pelangi esok buatku....


kerana...
tika malam mula menyisip...
cengkerik pun  mula  berbisik...
dan saatnya mentari mula melirik...
mimpi berlabuh bersama kicauan unggas di perbukitan...
aku terdampar di lautan gelora...
bagai layaran yang hilang kemudinya....


ku labuhkan sauh duka...
sebelum ku teruskan pelayaran hidup...
mencari erti sebuah cinta...
lewat ombak yang beralun duka....


:: Prince of Knight ::



MERANGKAK, BERTATIH DAN BERLARI MERANGKAK, BERTATIH DAN BERLARI Reviewed by Pendekar Berkuda on 1:07:00 PG Rating: 5

2 ulasan

  1. Hidup seorang muslim ada satu matlamat je, kan...

    BalasPadam
  2. hmm....iya...(^_^)...hamba terlupa...

    BalasPadam

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!