Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Media Network™

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai & Penolong Pegawai Tadbir Negeri N29/N41Sarawak 2018

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai & Penolong Pegawai Tadbir Sarawak 2018 | Sedang mencari contoh soalan & jawapan, rujukan dan panduan peperiksaan online Pegawai Tadbir n29 dan N41 pada 28 Julai ini? Artikel saya ini mudah-mudahan akan dapat membantu anda.


Peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Sarawak N29 & N41 kali ini mempunyai 4 seksyen iaitu Objektif Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon-calon diperuntukkan masa selama 1 jam 45 minit untuk menjawab 4 seksyen keseluruhannya secara online.

Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N29/ N41

Sebelum menduduki peperiksaan calon perlu pastikan mengetahui format peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 dan Pegawai Tadbir N41 sebagai rujukan :

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N29/ N41 Sarawak
Kredit image : kerjaya.co

Di bawah adalah contoh soalan Pegawai Tadbir N29/ N41 sebagai rujukan buat calon.

Soalan Exam Pegawai Tadbir N29 dan N41

A. Contoh Soalan Psikometrik

1) Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya B. Tidak

2) Saya berharap agar majikan puji saya jika saya rajin bekerja

A. Ya B. Tidak

3) Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat

A. Setuju B. Tidak Setuju
4) Saya perlu bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang berisiko dan mencabar.

5) Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur

A. Setuju B. Tidak Setuju

B. Contoh Soalan Pengetahuan Am

1) Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah
dan jenis mahkamah di Malaysia
I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

2) Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen
utama KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

3) Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara



Rujukan Exam Online Pegawai & Penolong Pegawai Tadbir N41 Sarawak

Dapatkan rujukan peperiksaan online yang mengandungi nota-nota padat dan lengkap, contoh-contoh soalan dan jawapan mengenai peperiksaan online Pegawai dan Penolong Pegawai Tadbir Negeri n41/n29 sekarang.

Bersedialah untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan langkah anda seterusnya.





Jangan lupa Join Channel Telegram Kerja Kerajaan untuk mendapatkan panduan khas menghadapi peperiksaan online dan temuduga kerja kerajaan.




.

.


0 Komentar untuk "Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai & Penolong Pegawai Tadbir Negeri N29/N41Sarawak 2018"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD