Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Media Network™

BN Sarawak Di Cadang Keluar BN Pusat

KUCHING, 27 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini disarankan keluar dari BN pusat dan membentuk gabungan mereka sendiri agar tidak disinonimkan dengan BN yang popularitinya semakin merosot.

"Keluar dari BN dan membentuk perikatan mereka adalah perlu agar tidak disinonimkan dengan BN yang dianggap jenama yang sudah merosot popularitinya dan semakin ditolak rakyat," kata Prof. Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

BN Sarawak merupakan parti pembangkang kedua terbesar di Malaysia dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Dalam temu bual dengan Bernama, Awang Azman berkata kebimbangan ini (kemerosotan populariti)

akan menular ke Sarawak jika langkah tersebut tidak diambil segera oleh BN Sarawak, hingga boleh

menyebabkan tidak kurang 30 peratus daripada kerusi dimenanginya pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 2016, akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, perlu diperhatikan bahawa kejayaan BN Sarawak pada PRN 2016 banyak bergantung pada faktor populariti Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Adenan Satem, dan ketiadaan Allahyarham kini pasti menjejas populariti parti-parti komponen BN Sarawak.


0 Komentar untuk "BN Sarawak Di Cadang Keluar BN Pusat"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD