Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Khawarij - Manusia Yang Paling Banyak Amal Tetapi Mereka Anjing Neraka.


KHAWARIJ - Manusia-Manusia Yang Paling Banyak Amal Ibadah Tetapi Menjadi Anjing di Neraka.
.
Barang siapa yang mencela, mencaci, mengumpat dan menghina pemerintah.
Sesungguhnya dia salah seorang daripada Khawarij Anjing Neraka.
Kerana dia terang-terang sedang melakukan hal seperti yang di lakukan oleh Zulkhuwaishirah ke atas Nabi pada peristiwa pembahagian ghanimah (harta rampasan perang).
Sabda Nabi SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM.
.
"Akan keluar dari tulang sulbi keturunan lelaki ini satu kaum yang muda usianya tetapi bodoh caranya berfikir, perkataan yang keluar daripada lisan mereka adalah perkataan-perkataan wahyu (ayat-ayat Allah - Al-Quran).
Tetapi perkataan mereka itu tidak pernah lepas dari kerongkong mereka (mereka tidak memahami apa yang mereka bacakan).
Solat kamu jika dibandingkan dengan mereka, shalat mereka lebih baik.
Puasa kamu jika dibandingkan dengan mereka, puasa mereka lebih baik, mereka akan keluar daripada agama seperti mana keluarnya panah daripada busurnya.”
.

Pengajarannya. Tidak semua manusia yang kamu lihat paling soleh, paling tawaduk, paling sempurna amalannya, ibadahnya, yang kata-kata yang keluar daripada bibir dan lidahnya ayat-ayat Allah adalah manusia yang selamat daripada api neraka.
Sedangkan Rasulullah menyebutkan mereka sebagai "jika aku hidup lagi ketika itu, nescaya akan aku bunuh mereka seperti binasanya kaum Aad. (Hancur tidak bersisa)."
.
Di zaman kini, terlalu banyak manusia yang sering bersifat seperti anjing-anjing neraka yang di sabdakan Rasulullah. Mereka ini dalam sabda Rasulullah di umpamakan sebagai manusia yang di jangkiti penyakit anjing gila (Rabies Virus).
Maka berhati-hatilah dalam memilih guru-guru agama. Apabila kamu temui Virus Anjing Gila ini pada ahli atau guru-guru agama. Maka menjauhlah. Mohon keselamatan bagi diri mu daripada fitnah jahat yang di bawa oleh mereka.
Wallahua'lamubissawab.
0 Komentar untuk "Khawarij - Manusia Yang Paling Banyak Amal Tetapi Mereka Anjing Neraka."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD