Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Naik LRT & Monorail Pergi Matic Jalan Ampang Dan Saloma Bistro

Macam Mana Cara Nak Pergi Saloma Bistro & Matic Jalan Ampang Naik LRT & Monorail. Cara Mudah & Murah Pergi Matic Dan Saloma Bistro.

Macam Mana Cara Nak Pergi Saloma Bistro & Matic Naik LRT & Monorail. Cara Mudah & Murah Pergi Matic Dan Saloma Bistro.
Saloma Bistro Jalan Ampang, Kuala Lumpur - Foto Saloma.Com.My

Kali ini aku akan terangkan cara nak pergi ke Saloma Bistro ataupun Matic atau Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dengan menaiki LRT ataupun Monorail.

Oleh kerana terlalu banyak sekali aktiviti yang di anjurkan dan di adakan di dua-dua tempat ini. Maka aku share cara paling mudah, senang dan murah untuk pergi ke sana.

Naik LRT Ke Saloma Bistro & Matic Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

1. Dari Terminal Bersepadu Selatan TBS

Dari TBS anda kena naik KTM ke KL Sentral. Di KL Sentral anda kemudian kena naik LRT yang ada di situ dan pilih destinasi KLCC ataupun Dang Wangi. Saloma Bistro & Matic Jalan Ampang terletak di antara Stesen LRT KLCC dan stesen LRT Dang Wangi. Kemudian boleh lah jalan kaki.

Jika nak PALING MUDAH. Pergi ke stesen Monorail KL Sentral. Baca artikel ini untuk pergi stesen monorail tersebut. Kemudian boleh lah beli tiket dan pilih destinasi anda "Bukit Nanas". Naik di platform yang di sediakan. Jangan salah platform pula.

2. Dari tempat-tempat lain ke Saloma Bistro & Matic.

Dari Masjid Jamek - terus naik LRT dan pilih destinasi KLCC ataupun Dang Wangi.

Dari Pekeliling - terus naik monorail dan pilih destinasi Bukit Nanas

Dari PWTC - naik LRT ke Stesen Titiwangsa dan tukar ke Monorail untuk ke Bukit Nanas.

Dari Shah Alam, Klang - naik tren KTM Komuter dan terus ke KL Sentral. Langkah seterusnya rujuk panduan di atas.

Dari Kajang, Serdang, Nilai, Seremban - naik Komuter terus ke KL Sentral dan rujuk panduan di atas.

Macam Mana Cara Nak Pergi Saloma Bistro & Matic Naik LRT & Monorail. Cara Mudah & Murah Pergi Matic Dan Saloma Bistro.
Matic Jalan Ampang, Kuala Lumpur. - Foto : Malaysia-Tour.com
Dah beberapa kali dah aku pergi ke Matic Jalan Ampang ni. Semuanya sebab ada event. Dan jangan tak tahu kelab Zouk yang terkenal tu jugak terletak di sini. Depan dia pulak Hotel 4 bintang The Renaissance Hotel dan The West Wing.
1 Komentar untuk "Naik LRT & Monorail Pergi Matic Jalan Ampang Dan Saloma Bistro "

Oh boleh datang dengan LRT atau monorel rupenya. Sebelum ni datang dengan kereta. Kena bayar parking :(

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD