Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#Travelblogger : Cara Pergi Stadium Merdeka @ Stadium Negara Dari KL Sentral

#Travelblogger : Cara Nak Pergi Stadium Merdeka @ Stadium Negara Dari KL Sentral.

Bismillah.

Ada pembaca bertanya kepada aku macam mana nak pergi Stadium Merdeka dari KL Sentral dalam post Naik LRT Dari TBS Ke KL Sentral.

Jadi aku buat post ini dengan harapan ianya mampu membantu orang ramai tentang cara nak pergi ke sini.



Naik LRT Monorail Dari KL Sentral Ke Stadium Merdeka.

1. Jika kamu sedang berada di dalam KL Sentral. Apa yang perlu kamu buat adalah pergi ke bangunan NU Sentral yang bersambung dengan KL Sentral. Rujuk Gambar di bawah.

Naik Eskalator yang ditunjukkan oleh anak panah.

2. Kemudian selepas itu kamu ikut satu jaluran yang di gunakan oleh orang buta yang akan membawa kamu ke lift dan eskalator untuk ke Stesen Monorail KL Sentral.

3. Jika kamu tak tahu, kamu boleh tanya-tanya orang di sekeliling bagaimana nak pergi monorail.

4. Selepas sampai di Stesen Monorail KL Sentral, kamu boleh beli tiket untuk pergi ke Stesen Monorail Maharajalela. Pastikan kamu beli tiket ke stesen tersebut sekiranya memang ingin pergi ke Stadium Merdeka.

5. Stesen Monorail Maharajalela terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka. Kamu boleh pilih nak jalan kaki ataupun nak naik teksi.

6. Kamu juga boleh pergi ke Stadium Negara yang terletak di belakang Stadium Merdeka.

Kedudukan Stadium Merdeka dan Stadium Negara

Sedikit Maklumat Mengenai Stadium Merdeka.
Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur, Malaysia yang digunakan bagi kegiatan pelbagai guna. Stadium Merdeka memiliki keupayaan 25,000 penonton dengan 10,000 tempat duduk. 
Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai bulan Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 darinya terletak di bawah bumbung ketika dibuka. Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton. 
la mempunyai 14 buah "terowong" yang merupakan pintu keluar-masuk stadium. Kawasan tempat duduk yang berbumbung itu adalah sepanjang 30 kaki, bumbungnya 60 kaki panjang ke hadapan dan tinggi 40 kaki dari bawah. Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan di waktu malam. wiki

Sedikit Maklumat Mengenai Stadium Negara.
Stadium Negara merupakan stadium tertutup pertama di Malaysia. Ia terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka Kuala Lumpur. 
Pada 19 April 1962, Stadium Negara telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Stadium Negara yang merupakan sebuah gelanggang tertutup serta melambangkan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini. 
Kos pembinaan Stadium Negara menelan belanja lebih RM 34 juta dan dianggap sebagai sebuah stadium tertutup yang terbaik di Asia Tenggara. la bukan sahaja boleh menunjukkan satu contoh kejuruteraan asli yang tidak ada tolok bandingnya tetapi juga menambahkan lagi reka bentuk seni bina moden di negara ini. Selepas pembinaan Stadium Merdeka yang terbuka maka perlulah tiba pula giliran stadium tertutup seperti Stadium Negara. 
Stadium Merdeka sesuai untuk permainan-permainan yang dipertandingkan di tanah lapang tetap. Stadium Negara pula dibina khas bagi permainan-permainan dalam seperti sukan badminton, dan sesuai sebagai tempat untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan. 
Stadium itu juga boleh digunakan untuk perlawanan pelbagai jenis sukan, tempat pameran dan juga temasya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Pada Februari 2003, Stadium Negara telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan. - wiki

.
Selamat berkembara kelana. Enjoy your trip.
.
Pblegacy.Org
TravelBlogger
FB : Pblegacy Network
.



0 Komentar untuk "#Travelblogger : Cara Pergi Stadium Merdeka @ Stadium Negara Dari KL Sentral"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD