Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Tempat Beli Tiket Bas Kuala Lumpur ke Mentakab & Temerloh

Tempat Beli Tiket Bas Kuala Lumpur ke Mentakab & Temerloh. 

Jika anda dari Kuala Lumpur nak pergi ke Temerloh ataupun ke Mentakab . Tempat yang perlu anda naik adalah di Stesen Bas Pekeliling.

Kedudukan Terminal Bas Pekeliling.

Stesen Terminal Bas Pekeliling ini terletak di pertemuan antara Monorail dan LRT Titiwangsa. Ia hanya satu stesen daripada Chow Kit (Monorail) dan PWTC (LRT)

Jika anda dari Terminal Bersepadu Selatan dan mahu pergi ke Pekeliling. Anda boleh rujuk boleh naik LRT di TBS dan terus ke Stesen Titiwangsa.

Jika anda dari KL Sentral dan mahu ke Pekeliling, anda boleh naik LRT di sana. Caranya.
1. Beli tiket ke Stesen Titiwangsa. 
2. Naik tren menghala ke Wangsa Maju. 
3. Bila tren sampai di Masjid Jamek, keluar dari situ, naik ke atas dan tukar train ke Sentul Timur. 
4. Jika tak tahu boleh tanya orang atau polis bantuan. 
5. Naik tren di tempat yang di tetapkan menuju ke Stesen Titiwangsa. 
6. Dah sampai turunlah. Takkan itu pun nak ajar? 
7. Seberang jejantas yang melintasi jalan raya bawah dia.  
8. Di hujung jejantas tu nanti adalah Terminal Bas Pekeliling.

Sedikit Maklumat Mengenai Terminal Bas Pekeliling.

Terminal ini di khaskan untuk perjalanan ke arah timur iaitu negeri Pahang. Bas di terminal ini boleh pergi ke Raub, Jengka, Bentong, Genting Highland, Karak, Mentakab, Temerloh dan Kuantan.

Terminal bas ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 8.30 malam.

Jika anda mahu beli tiket, lebih baik beli tiket awal-awal terutamanya di hari minggu. Kerana di khuatiri tiket dah habis. Ini pengalaman aku sendiri. Sebab selalu tersadai kat KL bila tiket habis. Haha.

Boleh tempah tiket bas online di Beli Tiket Bas Online.
.
Selamat Berkembara Kelana.
.
.

0 Komentar untuk "Tempat Beli Tiket Bas Kuala Lumpur ke Mentakab & Temerloh"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD