Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Cara Nak Pergi Ke Masjid Kristal Kuala Terengganu

Bismillah.

Hari ini aku nak bercerita tentang Cara Nak Pergi Ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu memandangkan aku minggu lepas telah pergi ke sana untuk berjalan-jalan.

Pada awalnya ia hanyalah perjalanan yang tak di rancang. Selepas habis majlis kenduri perkahwinan adik lelaki aku di Kuala Terengganu. Pak Long aku ajak pergi Masjid Kristal. Kerana memang nak sangat tengok masjid kristal katanya. Jadi aku pun jadilah pemandu arah.

First yang aku buat adalah aku google dulu cara nak pergi masjid kristal. then aku jumpa macam-macam. Tapi tak memuaskan pencarian aku. Jadi apa yang aku buat adalah aku bukak Google Map App kat smartphone aku. Aku set location dan tempat nak pergi. Jadi terhasillah perjalanan ini. Sini aku terangkan.

Dari Jambatan Sultan Mahmud Ke Masjid Kristal 

Jika kamu berada dari arah Jambatan Sultan Mahmud dan sedang menaiki kereta. Kamu akan nampak Masjid Kristal dari kejauhan sebelah kanan.

Pemandangan Masjid Kristal Dengan Zoom dari Jambatan Sultan Mahmud

Kamu jalan terus sehingga kamu jumpa lampu isyarat. Jalan terus lagi sehingga kamu jumpa satu lagi lampu isyarat di bawah Bukit Besar yang ada signboard kalimah "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU".




Dari sini di sebelah kanan kamu akan nampak Mydin Mall Padang Hiliran. Kamu belok ke arah kanan dan jalan terus sehingga jumpa satu lagi traffic light. Belok kanan lagi dan jalan terus.


Masuk Kanan Ke Jalan Tok Ku

Jalan Tok Ku

DI hujung nanti kamu akan jumpa traffic light lagi di simpang empat Chabang Tiga. Kamu akan nampak Bangunan Kedai DIY kat simpang empat tu.


Jalan terus sampai satu lagi traffic light. Kemudian belok kiri dan jalan terus. Nama jalan ni Jalan Losong Feri.


OKAY. ini adalah paling kritikal supaya kamu tak terlajak. Pastikan kamu pandu sampai ke simpang di bawah ini dan kemudian belok kanan.

Note* : Kamu kena perhatikan signboard di sebelah kiri jalan ini betul2. Takut terlajak pula nanti. Straight ke Muzium Negeri. Tapi kalau dah sampai ke Muzium tu. boleh terus saja ke Masjid Kristal ikut jalan lain.


Kamu akan masuk ke jalan kampung. Ya, jalan kampung waktu artikel ini di tulis. Tak tahulah keadaannya ketika kamu membacanya.

Kemudian kamu ikut sahaja jalan kampung tu. Sehingga kamu jumpa simpang jalan yang cantik di hujungnya. Belok Kanan dan teruskan pemanduan sehingga kamu jumpa pintu gerbang seperti di bawah.



Kamu sekarang dah dalam kawasan Taman Tamadun Islam. Hanya tinggal teruskan memandu sehingga ke penghujungnya. Nanti kamu akan jumpa Masjid Kristal.

Selamat Berkembara Kelana ke sana.

A post shared by Pblegacy™ (@pblegacy) on





0 Komentar untuk "#TravelBlogger : Cara Nak Pergi Ke Masjid Kristal Kuala Terengganu"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD