Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

[Video] Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Award 2016/2017. Tahniah!

Kemenangan Mohd Faiz Subri untuk Anugerah Puskas Award 2017 FIFA memang telah di jangka kerana beliau memang layak untuk menang.

 Mohd Faiz Subri dari Malaysia merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.      Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).      Kejayaan meraih anugerah tersebut menggembirakan jutaan rakyat Malaysia,yang jauh beribu kilometer daripada suasana musim sejuk di bandar tasik Swiss itu.  Mohd Faiz juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.   "Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akanmencapai ke tahap ini dan berada sebaris  dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini," katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.

Berikut adalah isi berita mengenai kemenangan beliau. 

KUALA LUMPUR: Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIifa) 2016 memberi inspirasi kepada pemain bola sepak negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kejayaan yang dicipta penyerang Pulau Pinang itu melalui hasil keunikan sepakan percuma, pada majlis gilang-gemilang di Zurich,Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) juga mengharumkan nama Malaysia.

"Tahniah Faiz Subri! Kejayaan anda dlm #FIFAPuskasAward 2016 akan beri inspirasi kepada semua pemain bola sepak Malaysia dan juga harumkan nama negara!," katanya dalam laman Facebook dan Twitternya pada Selasa.

Jaringan menarik Mohd Faiz itu menerima undian sebanyak 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon - Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela,10.01 peratus.

Mohd Faiz menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo. Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Februari tahun lepas.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau. -Bernama

Video Kemenangan Faiz Subri di Anugerah Puskas Award 2016 Zurich.



Video Ucapan di Belakang Tabir Selepas Menang



Video Gol Faiz Subri Yang Mengharumkan Nama Malaysia.



Tahniah Faiz Subri! Anda Kebanggaan Malaysia!
0 Komentar untuk "[Video] Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Award 2016/2017. Tahniah!"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD