Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Jadual & Tarikh Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam Kerajaan

Jadual & Tarikh Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam Kerajaan Jadual Gaji 2016/ 2017 Kakitangan Awam. Setiap hujung bulan pasti dinantikan oleh hampir semua orang yang bekerja termasuk guru, polis, tentera dan sebagainya. Pada masa dan tarikh itulah mereka akan mendapat gaji bulanan. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam/ Kerajaan untuk rujukan semua. Semakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di e-penyata gaji  pembayaran Gaji 2017  Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016   Moga jadual dan tarikh gaji bulanan 2017 kakitangan awam ini dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan kalendar cuti sekolah dan umum 2017 Malaysia. Sebelum merancang pastikan juga berapa kelayakan cuti tahunan anda untuk tahun ini dengan merujuk Jadual Cuti Tahunan.  Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali. Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2017.  Tarikh Gaji 2017 Kakitangan Kerajaan Tarikh Pembayaran Gaji 2017 Berikut adalah maklumat pembayaran gaji beserta bulan, tarikh, hari dan nota. Hampir kebanyakkan hari pembayaran gji adalah pada hari Khamis. Terdapat 3 kali pembayaran gaji diawalkan disebabkan oleh perayaan utama di Malaysia.    Tarikh pembayaran pencen 2017 untuk pesara kerajaan boleh dirujuk di Jadual Pencen 2017.  Januari  : 19.01.2017 (Khamis) : Tahun Baru Cina (28 dan 29 Januari 2017) Februari : 23.02.2017 (Khamis)    Mac : 23.03.2017 (Khamis)    April : 25.04.2017 (Selasa)    Mei : 25.05.2017 (Khamis)    Jun : 15.06.2017 (Khamis) : Hari Raya Aidilfitri (25 dan 26 Jun 2017) Julai : 25.07.2017 (Selasa)    Ogos : 24.08.2017 (Khamis)    September : 25.09.2017 (Isnin)    Oktober : 11.10.2017 (Rabu) : Hari Deepavali (18 Oktober 2017) November : 23.11.2017 (Khamis)    Disember : 21.12.2017 (Khamis)    Jadual Pembayaran Gaji 2016 Sebagai panduan dan rujukan, berikut adalah jadual pembayaran gaji tahun 2016.   tarikh pembayaran Gaji 2016 Kakitangan Awam Surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) mengenai pembayaran gaji tahun 2017 boleh dimuat turun di GAJI 2017 Tahun 2016 di ANM Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa Tarikh pembayaran bantuan khas kakitangan awam 2016 adalah pada 4 Januari 2016 Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam akan ditukar ke LPPSA bermula 1 Januari 2016

0 Komentar untuk "Jadual & Tarikh Pembayaran Gaji 2017 Kakitangan Awam Kerajaan"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD