Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Naik Tren LRT KTM Komuter Terminal Bersepadu Selatan Ke KL Sentral

#TravelBlogger : Naik Tren LRT KTM Komuter Terminal Bersepadu Selatan Ke KL Sentral. | Sebenarnya dah banyak aku menulis tentang perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan aka TBS ke mana-mana.

Salah satu daripadanya adalah cara nak pergi Sogo. Kemudian juga adalah cara nak pergi MidValley. banyak sebenarnya yang aku kongsikan di blog ini. Semuanya hasil daripada pengalaman perjalanan aku selama ini.

Dan InsyaAllah, aku akan menulis lebih banyak lagi. Tetapi sekarang aku fokus dulu kepada tajuk entry aku. Macam mana nak pergi KL Sentral dari TBS? Inilah yang anda kena baca. 

Macam Mana Nak Pergi KL Sentral Dari TBS.



Jika anda baru sampai dari Terengganu, Kelantan, Kedah, Johor ataupun dari mana-mana sahaja di Malaysia ini ke Terminal Bersepadu Selatan dan kemudian anda nak naik ke KL Sentral. Anda boleh pilih untuk naik Komuter kerana ia hanya satu-satunya cara paling cepat dan paling jimat dan paling efisien.

Mula-mula, anda kena keluar dahulu dari TBS dengan melalui jejambat yang tersedia di luar bangunan TBS. ada dua jejambat anda kena lalu. Jejambat pertama, anda lalu terus sampai lift. Anda boleh turun ke tingkat 1 guna lift ataupun guna tangga di sebelahnya.

Kemudian anda terus jalan lagi lalu satu jejambat yang lain. Di hujung jejambat itu anda akan jumpa kaunter KTM Komuter. Anda pergilah ke kaunter tersebut untuk beli tiket ke KL Sentral.

Selepas beli tiket, anda dah boleh turun ke bawah di sebelah kiri. Jangan pula anda pergi ke sebelah kanan, nanti tak pasal-pasal anda pergi ke Seremban yooo... haha...

Boleh tengok Google Maps di bawah ini untuk lebih realistik.







Okay,

Bila ada komuter nanti, anda tinggal naik sahaja. Bagi yang lelaki tu anda mestilah tengok jenis coach yang ada. Jangan ternaik coach wanita pulak. Naya kang.

Kebiasaannya coach wanita ni terletak di bahagian tengah. ada 2 atau 3 coach khas untuk wanita. Jangan pandai-pandai nak naik jika anda single dan bujang dan tak berteman tahu. 

Ingat tu?

Baiklah. itu sahaja kali ini. lain kali saya taip lagi yang lain.

Selamat berkembara kelana. (^_^)
0 Komentar untuk "#TravelBlogger : Naik Tren LRT KTM Komuter Terminal Bersepadu Selatan Ke KL Sentral "

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD