Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#Travelblogger : Naik Tren Komuter Dari KL Sentral Ke Shah Alam.

#Travelblogger : Naik Tren Komuter Dari KL Sentral Ke Shah Alam. | Rasanya dah lama aku tak menulis di sini. Tak ada apa-apa entri terbaru pun kat sini. Tapi tetap juga ada pengunjung.


Sebelum ini aku dah menulis mengenai ;

1. Cara Nak Pergi Sogo dari TBS
2. Cara Nak Pergi Midvalley dari TBS
3. Cara Nak Pergi KL Sentral dari TBS
4. Cara Nak Pergi Ipoh Naik ETS
5. Cara Nak Pergi Wangsa Walk.

Dan banyak lagi artikel aku mengenai pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Lain kali aku akan cerita pula cara nak pergi KLCC, Pavilion, Bukit Bintang, Bukit Jalil, Damansara, Kepong, Sunway Piramid, dan banyak lagi lah tempat-tempat lain yang anda boleh pergi.

Aku bukan orang KL, tapi aku hidup lama di KL. Aku suka berjalan-jalan. Bak kata orang, jauh berjalan, luas pemandangan. Eh!

Jadi, kali ini aku akan menulis lagi. Kali ini tentang perjalanan menaiki komuter KTM dari Kuala Lumpur atau lebih tepatnya dari KL Sentral ke Shah Alam.

Sebagai seorang individu yang bergantung kepada perjalanan menggunakan pengangkutan awam, aku kena tahu setiap stesen yang ada dan ke arah mana ia pergi.

Jadi apabila dah tahu semuanya, maka aku lebih senang untuk bergerak. Tak gitu?

CARA BELI TIKET KOMUTER KE SHAH ALAM DARI KL SENTRAL.



Kat atas ni adalah kaunter KTM Komuter yang ada di KL Sentral. Di KL Sentral ini anda boleh naik bas, teksi, KLIA Ekspress, KLIA Transit/ERL, ETS, Keretapi, Komuter, Tren LRT dan juga Monorail. Pokoknya KL Sentral ni lebih kurang Hub Pertemuan jaringan pengangkutan awam terbesar di Malaysia.

Jika anda rajin explore anda akan jumpa semua tu. Sebab kedudukannya adalah berdekatan di antara satu sama lain.

Okaylah. Berbalik kepada tajuk. Anda boleh beli tiket komuter ke Shah Alam di kaunter di atas. Ada dua kaunter disediakan. Saling berhadapan di antara satu sama lain. Terserah kepada anda nak beli di mana.

Kemudian anda bolehlah naik komuter tersebut. Tetapi kena pastikan bahawa anda berada di kedudukan yang betul. Kenalah tengok papan tanda yang ada di situ baik-baik ya. Takut salah naik nanti, ke tempat lain pula anda pergi. Haaa.. tak ke naya nanti tu?

Perjalanan dari KL Sentral ke Shah Alam memakan masa antara 45minit hingga ke 1 jam. Jadi sediakanlah apa yang patut. Jangan bawa makanan dalam tu dah lah. Komuter kot. Bukan keretapi. Bawa air botol tak apa.

Itu sahaja aku boleh bantu. Semoga bermanfaat.

Selamat berkembara kelana. (^_^)
0 Komentar untuk "#Travelblogger : Naik Tren Komuter Dari KL Sentral Ke Shah Alam."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD