Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#Travelblogger : Macam Mana Cara Nak Beli Tiket Bas Online?

Bismillah.

Kali ini aku akan bercerita macam mana cara nak beli tiket bas online dari laman web.

Oleh kerana pengangkutan utama aku adalah pengangkutan awam, maka bas ekspres dan terminal bas bukanlah suatu yang asing bagi aku. Lebih-lebih lagi bila aku sering travel ke mana-mana.


Jadi salah satu daripada cara paling mudah untuk aku beli tiket bas tanpa perlu ke terminal bas adalah dengan menggunakan pembelian online.

Bukan sahaja ianya memudahkan aku, malah menjimatkan masa aku jika sekiranya aku memerlukan tiket bas lebih awal supaya tidak terpaksa beratur dan berpenat lelah ke terminal bas semata-mata untuk membeli tiket bas di kaunter.

Salah satu daripada cara yang sering aku guna untuk beli tiket bas ke mana-mana adalah dengan menggunakan laman web BusOnlineTicket.Com yang mana aku sering menggunakannya untuk menempah tiket bas lebih awal ke destinasi-destinasi yang aku hendak pergi. Selalunya pastilah ke Kuala Terengganu ke Temerloh ataupun Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.

Kenapa Aku Pilih Beli Tiket Bas Online?

Alangkah AirAsia, MAS, Firefly dan hampir semua penerbangan di seluruh dunia mempunyai kaedah pembelian online mereka sendiri, apatah lagi untuk kemudahan aku sendiri dalam memilih bas yang aku nak naik.

Bas Jenis Apa Yang Sering Aku Naik?

Aku tak kisahkan bas jenis apa sekalipun. Yang penting paling aku suka adalah Bas Dua Tingkat atau orang panggil Double Deckers. Haaa.. bas inilah yang paling aku suka. Aku suka pilih tempat duduk paling depan sekali di tingkat dua sebab aku boleh lihat pemandangan depan di samping boleh letak kaki kat atas dashboard dia. Hahahahaha. Jangan tiru aku okay?

Macam mana cara nak beli tiket bas online ni?

Soalan yang bagus. Meh sini aku kongsikan step by step untuk beli tiket bas online.

1. Pertama sekali, korang pergi ke laman BusTicketOnline.Com

2. Lepas tu korang taip bila korang nak pergi ataupun bila korang nak naik bas tu dalam sidebar sebelah kiri laman web tu macam dalam gambar di bawah.

Pastikan korang pilih DARI MANA dan kemudian DESTINASI yang korang nak pergi. Kalau korang dari Kuala Lumpur, maka pilihlah Kuala Lumpur sebagai Depart From korang. Kalau destinasi korang adalah Kota Bharu, maka pilihlah Kota Bharu sebagai Arrive To korang.

Jangan lupa tarikh korang nak pergi dan juga berapa orang korang nak pergi pulak tau.

#Travelblogger : Macam Mana Cara Nak Beli Tiket Bas Online?
Taip apa yang korang nak cari di sini.

3. Kemudian, korang akan di bawa ke laman seperti dalam gambar di bawah yang mana korang boleh nampak berapa banyak bas yang available dalam tu. Dalam carian aku yang sekarang ini, aku cari tiket bas pada 4hb November 2016 dan ini yang keluar.

#Travelblogger : Macam Mana Cara Nak Beli Tiket Bas Online?
Pilih Bas Mana Korang Nak Naik

4. Selepas itu, korang boleh pilih waktu bila korang boleh naik. Bas sebenarnya ada banyak tetapi yang available online pada waktu ini adalah hanya Bas Transnasional. korang jugak boleh tengok pada tarikh 5-6-7-8 haribulan jika nak tengok bas-bas lain yang available.

Tempat korang naik pula di Terminal Bersepadu Selatan jika dari Kuala Lumpur. Dan tempat korang akan turun adalah di Stesen Bas Kota Bharu.

Korang tekan sahaja button "SELECT" yang berwarna OREN tu jika korang nak beli dan korang akan di paparkan tempat duduk yang available. Bila korang confirm tempat duduk yang bakal korang naik, korang boleh terus tekan PROCEED

#Travelblogger : Macam Mana Cara Nak Beli Tiket Bas Online?
Pilih Tempat DUDUK.

5. Selepas korang tekan button PROCEED, korang akan di bawak ke laman Maklumat Diri dan juga cara pembayaran. Korang kena pastikan bahawa maklumat diri korang adalah betul mengikut nama sebenar di dalam MyKad.

#Travelblogger : Macam Mana Cara Nak Beli Tiket Bas Online?
Pilih Kaedah Pembayaran. 

Kaedah Pembayaran pulak, aku suggest korang pakai iPay88 sebab kat situ korang ada banyak pilihan sama ada nak bayar pakai Kredit Kad, Online Banking ataupun dengan menggunakan Celcom Air Cash dalam tab eWallet yang mana ianya akan di caj ke atas no Celcom korang. Tak kiralah korang pakai prepaid ataupun paid.

Kadang-kadang aku juga pakai online banking, tapi kalau kebetulan aku ada duit kat tangan, aku akan bayar pakai nombor handphone Celcom Prepaid aku. Aku beli je topup online ke kat kedai ke lepas tu aku bayarlah. Haha.

Oh ya, lupa nak habaq, Korang ada masa 7 Minit untuk selesaikan urusan ini atau ianya akan close automatik dan butiran akan di hantar terus ke email korang.

#Travelblogger : Macam Mana Cara Nak Beli Tiket Bas Online?
Pilihan Bayaran dalam iPay88

LANGKAH TERAKHIR.

Jika korang dah selesai bayar, dan korang dah semak semuanya dan dan korang dah TICK pada tanda-tanda yang ada di bahagian bawah gambar di atas, korang boleh lah tekan PROCEED.

Selepas itu, korang tunggu sahajalah. Diorang akan bagi korang salinan tiket via email. Korang kena print tiket tu sebelum nak naik bas. Kalau tak, tak laku. Takkan korang nak tunjuk handphone korang pulak kat TBS tu. Hahaha.



Korang Juga Boleh Tempah Tiket Bas Online Menggunakan Aplikasi Android dan Apple di bawah Dan Dapatkan DISKAUN Untuk setiap ticket Dengan Klik Pada Banner di Bawah.




Korang Tahu Tak Yang Korang Boleh Juga Beli Tiket Train Online di BusTicketOnline.Com.?

Nanti aku cerita lain kali.

Semoga bermanfaat.


2 Komentar untuk "#Travelblogger : Macam Mana Cara Nak Beli Tiket Bas Online?"

Kalau sy bukan pengguna celcom mcm mna?

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD