Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Pengalaman Menggunakan Uber dan Grab Car

Bismillahirrohmanirrohiimm.

Kali ini aku akan bercerita tentang pengalaman pertama aku menggunakan Uber dan Grab Car, satu aplikasi yang membolehkan kita menaiki kereta dan teksi di seluruh Malaysia dan Singapore.

Aplikasi ini biasanya digunakan di bandar-bandar besar terutamanya sekali di Lembah Klang.

Sebelum ini, aku menggunakan UBER, tetapi uber ini tak efisien kerana ianya bergantung kepada jumlah jam dan kilometer perjalanan. Lagi satu, dia akan letak caj lebih yang mana kalau kita tak bayar, kita takkan boleh guna perkhidmatan tersebut lagi.

Tetapi, dengan GRAB CAR, aku boleh kira bajet aku bila ke mana-mana. Kerana semuanya statik kecuali jika kena lalu tol. So, banyak masa boleh jimat dan juga wang boleh jimat kerana ianya tak lari daripada bayaran yang dikenakan.

Selain daripada itu, menggunakan Uber dan Grab, kita boleh merasa untuk naik macam-macam jenis kereta. Dari semurah-murah kereta Proton Saga sehinggalah ke semahal-mahal Honda Accord feeling like a boss! Haaha.

So, sekiranya kalian adalah orang yang selalu berpergian dari pejabat atau rumah atau apartment atau apa-apa sahajalah di Lembah Klang, jika tak naik kereta, motorsikal atau lain-lain, aku cadangkan kalian menaiki Uber ataupun Grab.

Bukan sahaja jimat masa dan tenaga. Malah kalian juga boleh jimat bajet sendiri. Siapa yang tak nak kan? Hehehe.

Gambar di bawah ini adalah bukti bahawa aku menggunakan Grab untuk bergerak. Ianya Grab Taxi. bukan Grab Car Economy. Jadi pandai-pandailah nak pilih yang mana satu.




Sedikit tips. Kebiasaannya Grab Car lebih murah daripada Grab Taxi. Tetapi pemandu-pemandu Grab Car sebenarnya pemilih. Kadang-kadang selalu juga aku dapat orang yang macam ni. Tak ada pemandu yang nak bawa kerana tambangnya murah.

Jika di tanya kepada aku yang mana lebih fleksibel dan kurang risiko, aku akan jawab, Grab Car.

Tetapi keputusan akhir adalah bergantung kepada kalian sendiri.


0 Komentar untuk "#TravelBlogger : Pengalaman Menggunakan Uber dan Grab Car"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD