Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Bas Ekspress Dari Temerloh-Mentakab Ke Kuala Lumpur

Assalamu'alaikum.

Macam mana cara nak naik bas dari Temerloh-Mentakab ke Kuala Lumpur?


Sudah lama aku tak menulis mengenai tips #travelbogger yang biasa aku tulis di blog ini. Kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku sebagai seorang warga temerloh untuk bergerak ke mana-mana menaiki pengangkutan awam seperti bas, keretapi, komuter, ETS, LRT dan sebagainya.

Semua ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku sendiri sepanjang kehidupan aku sebagai manusia.

Macam mana nak naik bas dari Temerloh/Mentakab ke Kuala Lumpur atau dari Kuala Lumpur ke Temerloh/Mentakab? Ha, yang inilah yang akan aku kongsikan dengan kalian.

Yang pertamanya adalah, bagaimana nak naik bas dari Temerloh ke Kuala Lumpur?

Baca juga : Tempat Beli Tiket Bas dari Kuala Lumpur Ke Mentakab / Temerloh


BAS DARI TEMERLOH KE KUALA LUMPUR.

Dalam mana-mana perjalanan antara bandar ke bandar, perkhidmatan bas ekpress adalah perkhidmatan yang paling sering menjadi pilihan warga negeri pantai timur untuk ke Kuala Lumpur termasuklah warga Temerloh.

Perkhidmatan bas ekpress Temerloh ke KL disediakan di Terminal Bas Ekspress Temerloh seperti dalam peta di bawah.


Dari sini, kalian boleh pergi ke Kuala Lumpur mulai dari jam 7/8 pagi paling awal sehinggalah hingga jam 8.30 malam paling lewat/akhir.

Antara syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lumpur adalah Transnasional, Metrobus, Bulan Restu, Sri Jengka, Temerloh-KualaLumpur. Semua syarikat bas ini ada kaunter di terminal tersebut.

BAS DARI MENTAKAB KE KUALA LUMPUR

Bas ekspress dari Mentakab ke Kuala Lumpur pula di sediakan di Terminal Bas Bandar Mentakab bersebelahan Bangunan UMNO Mentakab. 

Antara bas ekspress yang menyediakan perjalanan dari Mentakab ke Kuala Lumpur adalah syarikat bas Temerloh - Kuala Lumpur dan juga syarikat bas Metrobus.

Bas paling akhir adalah pada jam 6/7 petang. jadi pastikan anda periksa dahulu masa anda. Di bawah ini adalah pandangan Google StreetView Terminal Bas Mentakab.


Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah ajukan di bahagian komen. InsyaALLAH, aku akan cuba bantu bagi memudahkan sesiapa sahaja.
2 Komentar untuk "Bas Ekspress Dari Temerloh-Mentakab Ke Kuala Lumpur"

Terimakasih atas kongsi tersebut. nak tanya bus berhenti dimana di KL?

Maksuk.... dari mana hedak naik bus di KL ke Mentakab?

Hentian Perkeliling di KL masih ada?

Untuk pengetahuan anda. Bas akan berhenti di Terminal Pekeliling iaitu berdekatan dengan Stesyen Monorail dan Putra LRT Titiwangsa.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD