Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#Travelblogger : Cara Pergi Ke Ipoh Menaiki Train KTM ETS.

#Travelblogger : Cara Pergi Ke Ipoh Menaiki Train KTM ETS.

Assalamu'alaikum. Lama dah aku tak menulis panduan menggunakan pengangkutan awam di sini rasa-rasanya. Last aku tulis pun 10 Jun 2016. Lama jugak tu tak berupdate. Haha.

Baiklah, kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku pergi ke Ipoh dari KL. Sebenarnya dari Temerloh - KL - Ipoh. Aku sempat juga pergi jalan2 cuci mata dan cari makan. Maklumlah, perjalanan yang jauh pastu akan menyebabkan kelaparan pada perut. Ya kan? Hehe.

BELI TIKET ETS DI KL SENTRAL.

Baiklah. berbalik kepada tajuk asal, aku menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Ipoh. Aku telah membeli tiket ETS ini di KL Sentral. Kedudukan kaunter adalah di pintu masuk hadapan. Boleh tengok gambar di bawah ini untuk lebih jelas.

Tambang ETS Ipoh ke KL Sentral adalah RM35 hingga RM48 bergantung kepada jenis tiket anda. Aku sendiri sebenarnya membayar dengan tambang OKU. Jadi, tambang aku lebih murah daripada kebanyakan orang yang lain. Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk gambar di bawah.

Tiket ETS Juga boleh di beli melalui Online di sini >> Klik pada GAMBAR.



 TAMBANG ETS TIKET BIASA


TAMBANG ETS TIKET PLATINUM



BEZA ANTARA TIKET BIASA DAN PLATINUM.

Tiket biasa adalah bila anda naik ETS yang mana dia akan berhenti di stesyen komuter yang lain di sekitar perjalannya. Lebih kurang macam bas lompat-lompat la macam tu. Contohnya dari KL Sentral dia akan berhenti di Stesyen Keretapi Kuala Lumpur - Sungai Buloh - Tanjung Malim - Tapah - Kampar sebelum sampai ke IPOH.

Tiket Platinum pula ia akan terus ke Ipoh tanpa berhenti di mana-mana stesyen yang lain kecuali Stesyen Keretapi Kuala Lumpur.


PEMBELIAN TIKET ETS SECARA ONLINE.

e-ticket boleh ditempah secara online di laman Sistem Tiket Online KTMB.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Keretapi Tanah Melayu Berhad di www.ktmb.com.my atau Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

APA YANG MENARIK DI IPOH?

Ha.. ini satu soalan yang bagus. Sila tengok instagram aku yang ni untuk maklumat anda.








0 Komentar untuk "#Travelblogger : Cara Pergi Ke Ipoh Menaiki Train KTM ETS."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD