Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Dari TBS ke Wangsa Maju atau Wangsa Walk

#TravelBlogger : Dari TBS ke Wangsa Maju atau Wangsa Walk



Bismillah.

Ha. kali ini aku akan bercerita pula tentang cara nak pergi ke Wangsa Maju atau lebih tepat lagi cara nak pergi ke Wangsa Walk.

Dulu-dulu Wangsa Walk ini tak wujud lagi. Jadi tempat yang paling menjadi tumpuan adalah Jaya Jusco Wangsa Maju. Kat situlah tempat aku berpeleseran dan mengusya awek-awek cun bertudung comel zaman aku jadi pelajar kampung masuk bandar dulu. Hehe.

Di pendek kan cerita. Sebab aku malas nak cerita panjang lebar tentang zaman #BBNU aku dulu maka aku terus kepada topik. 

DARI TBS KE WANGSA MAJU.

Dalam artikel aku sebelum-sebelum ini aku ada cerita tentang cara nak pergi ke MidValley, ke Sogo, ke Jalan Tar, dan lain-lain. Boleh klik kat sini untuk tip-tip yang berkenaan.

Okay. Sekiranya anda dari Terminal Bersepadu Selatan a.k.a TBS dalam akronimnya dan anda mahu pergi ke Wangsa Maju (bukan Wangsa Walk okay.), anda ada 3 pilihan yang boleh anda gunakan.

PILIHAN PERTAMA : KOMUTER

1. Anda beli tiket komuter menghala ke KL SENTRAL. Rujuk entri aku yang ini untuk lebih maklumat tentang di mana letaknya kaunter tiket Komuter.

2. Naik komuter tersebut sehingga anda sampai ke KL Sentral. 

3. Di KL Sentral, anda perlu menukar tren kepada LRT RapidKL di mana anda perlu membeli tiket ke Wangsa Maju

4. Itu saja. haha.

5. Okay. saya gurau. Tak ada tren Komuter pergi Wangsa Maju sebenarnya. Cara yang anda kena guna adalah naik LRT.

PILIHAN KEDUA : LRT

1. Anda beli tiket LRT ke Wangsa Maju. Rujuk entri ini untuk tahu di mana anda boleh beli tiket tersebut.

2. Seterusnya, anda naik LRT dan teruskan sehingga ke Masjid Jamek. Di sini anda perlu tukar tren ke Wangsa Maju, Tren ini letaknya di bahagian bawah tanah. Anda perlu turun tangga dan melalui terowong / tunnel yang boleh tahan panjangnya untuk pergi ke tren ini. Tapi jangan risau, aku pasti anda akan mendapat pengalaman yang berguna. Hehe.

3. Tunggu tren LRT anda dan pastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Ingat. Jika tak tahu tanya. 

PILIHAN KETIGA 

Jika anda orang kaya dan tak kisah nak leburkan duit. Naik teksi bermeter kat bawah TBS tu. Senang. 

Haha.

Oh ya. sekiranya anda mahu pergi ke Wangsa Walk. Anda hanya boleh rujuk artikel bertajuk, cara nak pergi ke Wangsa Walk dari KL Sentral.

Selamat menikmati perjalanan anda.


0 Komentar untuk "#TravelBlogger : Dari TBS ke Wangsa Maju atau Wangsa Walk"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD