Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Cara Nak Ke Wangsa Walk Dari KL Sentral

Bismillah.

Selepas artikel cara nak ke Wangsa Maju dari TBS, kali ini aku akan ceritakan pula cara nak pergi ke Wangsa Walk dari KL Sentral.

Kredit Gambar dari GoWhere.com

Sebelum itu suka aku nak kongsikan pengalaman aku kali pertama pergi ke Wangsa Walk semata-mata kerana nak jumpa seorang rakan blogger bernama Kirin Selama Perak. Sebelum ini aku tak pernah berkesempatan lagi nak pergi ke Wangsa Walk, cuma kebetulan pada hari itu aku free dan tak ada apa nak di buat.

Tengok dari luar, besar jugalah Wangsa Walk ini. perrgghh.

Okay berbalik kepada tajuk.

DARI KL SENTRAL KE WANGSA WALK.

Mudah sahaja sebenarnya jika nak pergi ke sini dari KL Sentral. Anda hanya perlu beli tiket LRT di KL Sentral ke destinasi bernama Sri Rampai. Kemudian anda boleh naik terus ke sana.

Sampai di Sri Rampai, anda boleh pilih dua opsyen sama ada mahu naik teksi bermeter ataupun menaiki bas RapidKL. tapi lebih mudah sebenarnya jika anda naik teksi. sebab tak jauh sangat dan murah lagi tambangnya. lagi-lagi jika anda naik beberapa orang.

Tapi jika anda hendak berjimat, bolehlah jalan kaki dalam 10-15 minit dari stesyen tu ke Wangsa Walk. itu kalau pagi. Kalau tengah hari anda pergi jalan kaki. Bau hapak peluh anda boleh pengsankan pengunjung kat sana. Haha.

Okay. Itu sahaja nak gitau.

Selamat menjamu selera. Eh!


0 Komentar untuk "#TravelBlogger : Cara Nak Ke Wangsa Walk Dari KL Sentral"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD