Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Sembang Kencang Pokok Tumbang

Bismillahirrohmanirrohiimm..

Jika hidup ini adalah pilihan. kita sepatutnya sudah tahu apak pilihan kita. jika hakikat kehidupan adalah apa yang kita lihat. kita sepatutnya dah tahu kesan dan akibat perbuatan kita.

Dah lama sebenarnya aku tak menulis tentang pandangan aku mengenai masyarakat dan sikap masyarakat itu sendiri. ramai daripada kalangan ahli masyarakat ini menjadi hero di papan kekunci. sedangkan apabila ada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda, mereka sibuk merakam video dan membuat sebaran di facebook, twitter, whatsapp, wechat dan sebagainya.

sedang hakikatnya ramai daripada mereka tidak langsung menghulurkan tangan membantu keadaan. Tag untuk Polis Diraja Malaysia, Bomba, Pihak Berwajib dan sebagainya terus penuh di mana-mana. bukankah itu sangat janggal apabila mereka sendiri tidak bertindak apa-apa?

Misalnya.

Jangan sembang pasal nasib Proton kalau kamu sendiri tak pakai Proton. Yang selalu di nampak hanyalah Perodua-Toyota-Mitsubishi-Nissan-Volkswagen-BMW-Honda. Jika kamu sendiri tak menyokong. Kamu mahu kerajaan dan negara yang tanggung dengan alasan ia adalah kebanggaan negara? Bukti kemampuan rakyat Malaysia? Usah sembang. Pokok pun tak tumbang-tumbang. ‪#‎HanyaBerpesan‬

1 Komentar untuk "Sembang Kencang Pokok Tumbang"

orang suka kepada cerita buruk berbanding cerita baik...apa yang berlalu seperti mereka menghakimi secara total kejadian yang berlaku

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD