Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Blogger Blogspot Dah Support HTTPS Function.

Berita baik buat komuniti blogger apabila Google.Com dalam blognya, Google Online Security telah memaklumkan bahawa platform Blogger sekarang ini telah dinaiktaraf untuk menyokong fungsi https iaitu fungsi security yang lebih baik untuk blog anda.

Apa yang menariknya, url blog anda akan diredirect ke dari http ke https sekiranya anda mengaktifkan fungsi ini.

Apa perbezaan di antara http dan https? Untuk lebih memudahkan anda, ini adalah contoh bagi blog pendekar berkuda.

http://pendekarberkuda.blogspot.com
https://pendekarberkuda.blogspot.com

alamat url adalah sama tetapi fungsi security adalah lebih baik dengan https kerana ia membantu mengelakkan blog anda daripada di serang oleh hackers dengan mudah.

Menurut Google Online Security, HTTPS adalah menyediakan beberapa faedah dan kebaikan. di antaranya adalah.

 it makes it harder for bad actors to steal information or track the activities of blog authors and visitors, it helps check that visitors open the correct website and aren’t being redirected to a malicious location, and it helps detect if a bad actor tries to change any data sent from Blogger to a blog visitor. 

Atau dengan kata lain, ia membantu mengelakkan pencurian maklumat atau pengesanan aktiviti penulis blog dan pengunjung. Ia membantu pelawat untuk membuka laman blog tersebut tanpa ditakuti ia akan di redirect ke sites yang berbahaya.. Ia juga membantu mengesan percubaan untuk mengubah sebarang data yang di hantar dari blogger kepada pengunjung blog.


TIDAK MENGYOKONG FUNGSI CUSTOM DOMAIN.

Malangnya, edisi pertama ini tidak menyokong custom domain atau dengan kata lain, domain sendiri yang berhostingkan blogger. Ia hanya menyokong domain dengan blog-anda.blogspot.com sebagai contoh

sebagai contoh, ia tidak akan menyokong domain www.pblegacy.org blog ini dan sudah pasti ia satu kerugian buat aku sendiri. Aduii..

Namun, jangan khuatir kerana ini baru sahaja keluaran edisi pertama dan aku yakin selepas ini akan ada edisi kedua yang akan menyokong custom domain seperti blog aku ini.


BAGAIMANA HENDAK MENGAKTIFKANNYA.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda perlu login akaun blogger anda, pergi ke www.blogger.com dan login ke akaun anda. kemudian, pergi ke blog yang anda mahu aktifkan HTTPS, cari menu "Setting" dan klik "yes" seperti dalam gambar di bawah.


 Sebaik sahaja di aktifkan, blog anda akan menyokong kedua-dua fungsi http;// dan https:// . Anda sebagai penulis blog harus sedar bahawa sebaik sahaja anda mengaktifkan function ini, ada beberapa function mungkin tidak akan sesuai untuk menyokong function HTTPS.

Ia boleh jadi sama ada template blog anda, gadgets, widgets, kandungan blogpost, yang disebabkan  kesalahan campuran kandungan (duplicate misalnya). Beberapa masalah tersebut boleh diselesaikan oleh penulis blog itu sendiri.

Aku tak boleh lagi nak aktifkan HTTPS nih. tidak, aku akan jadi antara yang terawal akan aktifkannya. haa.. cenggitulah.
2 Komentar untuk "Blogger Blogspot Dah Support HTTPS Function."

custom domain memang x boleh. huhu
.

Assalam..thanks untuk tip ini..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD